Wednesday, June 3, 2009

Mujahadah Hati

Biar kepahitan itu pergi
agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu
agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap
jangan diriku hilang semangat
biar penderitaan itu menyapa
agar kekuatan mampuku jana semula
biarkanlah diri ini derita
agar aku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini
tak sama bahkan hanya secebis
dari penderitaan Rasulullah s.a.w
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya
tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
cahaya kelam pahala dosa
berupaya memilihnya
walau kadang kala tersasar
lantaran pautan nafsu
namun peluang dari-Nya sentiasa ada
namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi
diturunkan ad-din memperhalusi akal
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebaik-baik umat
tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"
menyemai sepohon "taqwa"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH S.W.T"
Ya Allah..ku pohon kasih sayang-Mu..agar sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidupku
rahmatilah daku dalam memulakan langkah mentarbiah diri, memujahadah hati..

4 comments:

  1. Awan mendung pastikan berarak pergi,
    Pelangi bahagia akan menjelma,
    Menyinari hari-harimu.

    Yang berlalu biar belalu,
    Moga ada sinar di penghujung perjalanan ini.
    Ameen, ya Rabb~

    ReplyDelete
  2. amiiiinn,insyaAllah..(^_^)

    terima kasih,syukran,toche2(btl ke eja gni?).

    terharu ni..huhu..
    moga kita sama2 mdapat kredhaanNya dlm mcari pelangi bahagia itu.

    ReplyDelete
  3. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

    moga enti terus istiqamah "memujahadah" hati, jadi hamba yang diredhai, muslimah sejati dan mendidik peribadi secantik diri enti.

    ReplyDelete
  4. t.kasih beri nasihat dan dorongan,

    InsyaAllah..amiin..puji2an hanya layak bagi Allah.

    ReplyDelete