Thursday, September 3, 2009

Sunday, June 21, 2009

Alhamdulillah..THANK YOU ALLAH..


I asked for Strength...

and Allah gave me difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom..

and Allah gave me problems to solve.

I asked to Courage..

and Allah gave me obstacles to overcome.

I asked for Love..

and Allah gave me troubled people to help.

I asked for Favors..

and Allah gave me Opportunities.

"Maybe I received nothing I wanted..

But I received everything I needed."

Friday, June 19, 2009

Kembali Ke Dalam Diri







Perempuan Berkalong Tarbiah Dari Ilahi


Tidak redakah saya dengan ujian yang sedikit ini?


Saat ini hati saya rasa sangat sayu dan hampir tidak dapat menahan sebak di hati...perlukah saya berkongsi rasa pada kalian semua?saya masih berkira-berkira untuk bercerita..walaupun banyak cerita yang ingin dikongsi, banyak perkara yang ingin dibicara, tapi entah mengapa..sejak akhir-akhir ini mood untuk mengupdate blog ini tidak sesemangat masa pertama kali saya ingin memiliki blog sendiri..semangat saya semakin luntur..saya memerlukan seseorang untuk membimbing saya..saya perlukan semangat dari diri saya sendiri juga, seperti nasihat saya pada anak murid saya.


Tambahan hari ini ditambah dengan tekanan di tempat kerja membuatkan saya terfikir-fikir untuk berhenti saja. Tapi bila difikirkan, saya perlu teruskan walau sepahit manapun rasa yang ditanggung, saya terpaksa menerimanya..kerana saya yakin saya tak bersendirian hadapi ujian ni. Tak perlu saya ulangi banyak kali kesilapan yang telah banyak saya lakukan dalam hidup saya..Saya tak sampai hati melihat abah kuat bekerja dihari-hari tuanya yang sepatutnya dihabiskan untuk diisi dengan amal ibadah, dan saya terasa sayu melihat mata ummi yang selama ini membesarkan saya dengan kedua tangannya..sungguh saya tak sampai hati..mana mungkin saya mementingkan diri sendiri hanya kerana saya tak kuat menghadapi ujian yang maha sedikit ini...mungkin inilah waktunya untuk saya berbakti pada ummi dan abah yang telah banyak berkorban untuk saya..walaupun mungkin takkan dapat membalas jasanya yang terlalu banyak..susah payah ummi mengandungkan diri ini, melahirkan saya sampai bertarung nyawa antara hidup dan mati, kalau saya ceritakan segala jasa mereka, berhelai-helaian kertas pun takkan pernah habis.. jasa mereka tiada nilai taranya..saya nak jadi anak solehah..walaupun saya tahu saya telah banyak melukai hati mereka..tapi yang membuatkan saya tak pernah jemu menyayangi mereka kerana sifat kasih sayang mereka..kasih sayang yang berpanjangan..ummi tak pernah marah saya dengan bahasa yang kasar..sebaik mungkin ummi menegur dan mendidik anak-anak dengan kelembutan..lembut dan terus berlembut hingga ke saat ini..ummi insan hebat di hati saya..mampukah saya jadi setabah ummi?mampukah saya mengikuti jejak langkah ummi yang tabah dan cekal menghadapi semuanya?mulianya kasihmu ummi..


Sesungguhnya saya amat rindukan seorang sahabat yang pernah membimbing diri ini..yang mengenalkan saya pada perjuangan..perjuangan amal islami..tapi kini sahabat itu telah pergi..dan pergi takkan kembali..saya rindukan nasihatnya dan kata-kata semangat darinya yang tak pernah jemu menyokong saya dari belakang..kami seiring sejalan dalam perjuangan ini..tapi perjalanan perjuangan kami tidak panjang..entah mengapa saya betul-betul rindukan pada kerja-kerja amal islami ini bila teringatkan sahabat saya itu..sahabatku..salam dari kejauhan..maafkan saya..seperti nasihat adik saya yang membuatkan saya terfikir-fikir..sibukkan diri dengan kerja-kerja amal islami...tapi apalah daya saya..maafkan bilaku tak sempurna.terlalu rumit untuk saya ceritakan di sini..Ya Allah kau kuatkanlah semangatku..sekuat semangat siti hajar..kau kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi..untuk menghadapi setiap ujian dariMu...



Thursday, June 18, 2009

Seindah Ciptaanmu..Sesuci Hatimu..

Cahaya hati arwah Hazwan, Najibatul Naimah.lucu, bijak, pandai, banyak celoteh dan yang paling penting cute..



anak saudara, sayyidatul solehah & wafa' hanani. Gedek sudaa..


Mohd Syahdan Hanif



Mohd Syakir Aqif
Terhibur melihat gelagat anak-anak fitrah, cahaya mata yang bersih daripada dosa dan prasangka.

Sunday, June 14, 2009

Pemergianmu..

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan. Ianya bukanlah bererti menyerahkan tugas itu kepada mana-mana generasi tanpa punya ciri-ciri khas.
Tetapi hendaklah dipastikan bahkan dituntut supaya generasi itu mempunyai ciri-ciri Islam, berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam dan berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi malangnya mereka dipergunakan untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda.
Tetapi pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi bersifat seperti kera. Pemuda yang tidak mempunyai akhlak lebih dekat dengan binatang. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan.

Pemuda pondan yang tiada kebaikan di dalam diri mereka. Tetapi ternyata keberkatan itu datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

'Tulisan ini amat memberi kesan buat diri saya. Inilah buat tangan ulama' terkenal Ikhwanul Muslimin Lubnan; Dr. Fathi Yakan.Ulama' yang dikenang.
Ulama' apabila ia mati, bukan jasadnya sahaja yang ditanam. Tetapi ilmunya juga turut ditanam bersama-sama.

Saya diberitakan bahawa Dr. Fathi Yakan telah meninggal dunia semalam. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit. Lantas saya menggesa jemaah untuk sama-sama solat jenazah ghaib untuknya. Sunnah Nabi SAW di dalam menghormati orang yang berjasa.Semoga Allah mencucuri rahmat buatnya dan menjadikannya sebagai syuhada' di dalam perjuangan agama Islam ini.

Sesungguhnya pemergiannya mendatangkan kesan yang mendalam buat para pendakwah, harakah islamiah, penulis dakwah dan buat umat Islam yang cintakan ad-Dinnul Haq ini.

Sedikit latar belakang Al-marhum.

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan. Isterinya bernama Dr. Mona Haddad Yakan. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 4 orang puteri dan seorang putera.

PhD yang diperolehi beliau adalah di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Apa yang menariknya B.A dan M.A nya adalah di dalam bidang kejuruteraan. Allah telah mengurniakannya akal yang cerdas dan tangan emas kepada beliau.

Hasilnya beliau telah menulis banyak karya-karya Islami yang menggegarkan pemikiran dunia Islam.Ziarah awalnya bertemu Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimallah di Syria telah menjana azam yang bergermelapan buat dirinya bersama lebih kurang 50 orang yang turut serta.

Lantas mereka mempelopori gerakan pembaharuan Islam di Lubnan.Antara bukunya yang terkenal dan dijadikan asas oleh ramai jemaah ikhwan di seluruh dunia adalah 'Maza Yakni Intima il-Islam' yang bermaksud 'Apakah ertinya saya menganut Islam?' Buku ini mengupas erti Islam buat ummah dalam keadaan yang ringkas dan mudah difahami.Golongan sasaran beliau adalah pemuda dan pemudi.

Beliau sedar golongan ini adalah aset yang amat bernilai bagi menyambung tugas yang pernah disandang oleh para sahabat Rasulullah SAW yang majoritinya terdiri daripada golongan pemuda.

Ini disebabkan tenaga dan kesungguhan yang mereka miliki adalah melebihi golongan tua.Tahun-tahun akhirnya beliau bergiat sebagai ahli politik kerana melihat pentingnya daei hadir ditengah-tengah masyarakat.

Harakahnya juga pernah ditentang, malah beliau pernah dipenjarakan. Tubuhnya pernah diseterika sehingga seluruh badannya menjadi remuk.

Ada berpendapat umurnya lebih muda daripada tubuh badannya akibat seksaan yang menimpa beliau.

Buat Dr. Fathi Yakan...Bersemadilah dengan tenang di alam sana, sesungguhnya umurmu banyak dihabiskan kerana memikirkan masalah umat ini. Semoga Allah memberikan balasan yang syurga yang tiada tolok banding nikmatnya kepadamu dan juga kepada kita semua.
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. "
(Surah al-Fajr, 27-30)
~>....Terlalu banyak berita pemergian yang abadi akhir-akhir ini...suatu masa nanti..kita juga akan merasai perkara yang sama..kematian yang bergantung pada amalan..cukupkah amalanku Ya Allah...Bersediakah aku...Pimpinlah hati ini...<~

Saturday, June 13, 2009

Cintaku Hanya MilikMu..


Bukan mudah Ya ALLAH…

Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan

Keindahan dunia ini menganggu ku

Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku

Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini

Aku mencari dan terus mencari

Dimanakah ku tagih cinta Ilahi

Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri

Sedang aku tidak diuji

Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali

Andai bisa aku berbicara denganMU

Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku

Sungguh aku bukan bercakap kosong

Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU,

yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya

Melawan sesuatu yang digelar fana dunia

Aku tak mampu Ya ALLAH,

Belenggu ini menghimpit ku…

Belenggu ini menghiburkan hatiku

Sehingga aku senang denganya

Sehingga aku takut kehilanganya

Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…

Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak
Ya ALLAH menghampiri syurgaMU

Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU

Lalu ke manakah langkahku

Selayaknya dimanakah tempatku Atas redhaMU

ya Rabbi..aku hanya menuruti

Andai aku diseksa, kan aku patuhi

Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH

kerana sudi menyayangi diri ini

Terima Kasih Ya ALLAH

kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku

Terima Kasih Ya ALLAH

kerana sering bersama-sama denganku, tak kira apa keadaan imanku

Sesungguhnya Ya ALLAH, cinta ku hanya milikMU…

Friday, June 12, 2009

Ummi Terima Anugerah Jasamu Dikenang

Tahniah Ummi! Jasamu dikenang. Ku lihat bergenang airmatamu ketika itu, mungkin terkenangkan setiap perit jerihmu ketika suatu ketika dulu..Bukan penghargaan di dunia yang terlalu didambakan, tetapi semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t..Kudrat yang diberi oleh Allah jangan dipersiakan, tetapi untuk berbakti kepada agamaNya...

Harakah 9-12 Mac 2009

Kuala Terengganu : Mengimbau kisah silam ketika menjadi guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kampung Losong Haji Mat Shafie yang pertama di negeri Terengganu pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dilalui.

Puan Hajah Hasnah Endut, 49, kini menetap di kampung Seberang Baruh Kiri merupakan guru pertama penubuhan Pasti di negeri ini pada tahun 1980 hingga 1987. Waktu itu, beliau tinggal di kampung Pulau Ketam, Duyong. Berkhidmat sebagai guru Pasti yang berulang-alik dengan perahu pada setiap hari.

"Pengalaman pahit manis saya ketika saya berkhidmat sebagai guru Pasti apabila terpaksa berulang-alik setiap pagi dengan perahu dari Pulau Duyong ke kampung Losong.

"kami tiga beranak bersama arwah ayah (allahyarham Endut Ismail) dan seorang adik ( Zainah Endut) sebagai pembantu saya di sekolah Pasti itu," Jelasnya ketika ditemui Harakah, di rumahnya, baru-baru ini.

Katanya, setiap pagi seawal jam 7.00 ayah (allahyarham) akan menghantar Hasnah dengan perahu menyusuri Sungai Terengganu dari Pulau Duyong ke kampung Losong. Menurutnya, meki pun ada perasaan takut ketika itu tetapi kerana cintakan pendidikan Islam digagahi dengan tabah dan sabar.

"Saya sangat berterima kasih kepada arwah yang telah meninggal dunia 20 tahun lalu kerana sanggup menghantar kami dua beradik untuk ke tempat mengajar pasti." ujarnya.

Beliau pada waktu itu berusia 21 tahun yang merupakan pelajar lepasan Institut Berakan (IB) yang menjadi guru Pasti pertama didakwa di Mahkamah Majestret oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu.

Menurutnya pengalaman tersebut lebih menguatkan lagi semangat serta azam mahu mendidik anak bangsa dengan ilmu-ilmu Islam.

"Saya pernah didakwa di mahkamah kerana mengajar anak-anak pra-sekolah Pasti yang kononnya tidak didaftarkan dengan kementerian pendidikan.

Akhirnya, kes itu selesai dan tidak bersalah kerana kami mengajar ilmu agama Islam yang betul seperti doa-doa, membaca al-Quran dan ilmu Fardhu ain."

Manakala, katanya pengalaman manis ketika itu kerana minat yang mendalam terhadap kanak-kanak serta masyarakat setempat yang dahagakan ilmu agama. Menurutnya, meski pun bayaran sebagai imbuhan serta elaun guru dan pembantu tidak setimpal tetapi ikhlas demi perjuangan Islam.




Antara yang hadir

Penyampaian anugerah

Bacaan ikrar oleh guru-guru PASTI



Di majlis sambutan Hari Guru PASTI

Thursday, June 11, 2009

Gundahnya Dirimu Wahai Hati dan......


Assalamualaikum w.b.t untuk semua...apa khabar iman di hati?

Walauapapun yang terjadi, kita perlu bangkit, kita perlu terus berdiri,kita perlu cekal dan tabah hati...takkan nak dibiarkan blog ni sepi seolah-olah tak bertuan..fie kan?kan.kan?

Terima kasih ingatkan kak dah untuk update blog ni ye..bukan niat kak dah untuk terus menyepi, biasalah selagi bernama manusia ni kita takkan lari dari ujian fie kan?fie ada ujian tersendiri, kak dah pun ada ujian tersendiri..sepanjang cuti ni, banyak perkara yang terjadi hingga buatkan kak dah lebih banyak mencuba untuk muhasabah diri dan rasa nak berdiam diri..pepatah ada mengatakan "kalau bercakap itu perak, diam itu adalah emas"..ha..tulah petuanya..kalau orang mengumpat kita ke, tak senang dengan kita dan yang sewaktu dengannya, jalan terbaik adalah kita berdiam diri, bukan bermakna kita kalah, tapi masa tulah untuk menguji sejauhmana kesabaran kita untuk bertahan dengan apa yang orang tak senang hati dengan kita..masa tulah juga nak menguji setakat mana kekuatan iman kita untuk bertahan dengan ujian Allah tu..kadang-kadang yang empunya diri pun tak kuat juga nak mempraktikkan apa yang terluah, tapi dari pengalaman kita belajar, dari kepahitan kita jadi cekal, dari jatuh bangun kita bermula, dan dari situlah kita boleh kongsi pada yang lain agar tak tersungkur dalam menghadapi setiap ujian dariNya yang layak bila-bila masa sahaja untuk menguji kita dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara..

Cuti pun macam tak cuti, banyak perkara yang perlu difikirin, dibuatin dan bermacam-macam tin lagi..kita takkan cuti dari ujian, semua tu akan datang dan terus datang dalam hidup kita untuk mentarbiah hati kita..hati yang penting..hingga nak update blog ni pun bak kata orang ganu "nok royak dok reti"..huhu..mungkin perasaan tu hilang entah ke mana..lagipun, kak dah jadi hilang idea, nak cakap pasal perjuangan memang kak dah tak pandai..bercerita tentang diri,diri dan diri saja selagi mampu berdiri.huhu..(banyak sangat terlalut-malut ni)

Tak perlu kita tanya kenapa Allah uji kita dengan bermacam-macam ujian, tapi tanyalah pada diri, apa dosa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sedemikian rupa, hidup semakin banyak ujian, semakin lebih bererti untuk kita lebih mengenaliNya, semakin mendekatkan kita padaNya..

Banyak yang kak dah buat post, tapi tak jadi nak dipertontonkan dalam blog, biasanya jadi ter"save"..Insya4JJ1..ada peluang dan sesuai dengan waktunya akan muncullah tu..

Fie nak dengar kak dah berceloteh kan? bila dah berceloteh susah pulak nak berhenti ni. rasa macam banyak nak "belebe" ni :) ..seolah-olah bercakap dengan fie sorang je kan?:)..teringin untuk berkongsi sesuatu yang berharga yang di "transkripsikan" di dalam hati..kerana kebanyakan yang menjengah ke blog ni dikalangan yang tergolong dikalangan tersebut.

..asyik teringat-ingat kenangan di maahad saja ba. Kenangan yang takkan dapat di tempat lain..sememangnya belajar di maahad tiada tandingannya belajar di tempat lain(bagi ana)..masih mencari jawapan, tapi tak tahu kat mana yang seronok..mungkin ketika itu, bila berdamping dengan al-Quran hati sentiasa rasa tenang..tapi bila dah jadi "lepasan pelajar maahad" ,sangat susah untuk mendisiplinkan diri untuk mengaji berbanyak-banyak. Jadi "lagha"..dan tersangat "lagha"..terasa ruginya tidak menggunakan peluang yang perlu direbut dahulu, semua pengalaman ustaz-ustaz terdahulu yang bercerita takkan dapat lagi peluang yang awak ada kat maahad ni tak diambil cakna..menghafal kadang-kadang sekadar untuk melepaskan diri dari tasmi'.."jahilnya aku ketika itu ya Allah"..kini semua penyesalan tu kalau dicerita panjang lebar pun tiada gunanya..hanya kita yang menanggung penyesalannya...seperti kata ummi, penyesalan ni kita takkan dapat nak cerita kat orang lain..sakitnya sebuah penyesalan itu..cuma yang perlu kita buat perlu berubah dan terus berubah untuk memperbaiki lagi mutu hafalan dan ulangan sebelum kita dijemput pergi dan takkan kembali lagi..

Mungkin juga salah satunya kerana mungkin ukhuwah yang terbina di maahad takkan dapat di tempat lain, ini hanyalah bagi pendapat ana..dan memang itu yang ana alami..memang banyak salah faham, ada bermacam-macam karenah sahabat-sahabat yang perlu kita hadapi, tapi semua tu buat kita lebih menghargai erti sebuah persahabatan..dari semua tu kita belajar erti peribadi manusia..selain itu tercipta banyak kenangan manis, jatuh bangun dalam menghafaz al-Quran..tumpuan hanya diberikan pada al-Quran, dan kita semua sama..matlamat kita sama, cita-cita kita sama, tujuan juga sama...kita saling memerlukan saat itu..indahnya ukhuwah ketika itu..

Untuk sahabat-sahabatku yang belajar di maahad waktu itu..Fie, kak ja, kak Farah, Kak Na, sakinah dan Yati..kalian banyak mengajarku erti sebuah persahabatan..aku rindukan saat kita sama-sama bermula dahulu..bermula dari merangkak iaitu minggu orientasi..kita masing-masing buat hal sendiri..takut dan malu untuk bertegur sapa..tiada "zouq" ukhuwah ketika itu barangkali..malah fie dan kinah pernah mengatakan aku "sombong"..sememangnya "title" itu yang layak diberikan ketika itu..dan selepas itu kita mula bertatih...belajar berjalan dan terus berjalan melangkah seiring sejalan..banyak pahit manis suka duka kita lalui bersama..dan kini kita mampu berlari dan terus berlari untuk mencapai setiap cita-cita dalam hidup kita masing-masing untuk bekal akhirat kita nanti..ukhuwah yang seumpama itu cuba ku selami dan terus tercari-cari, namun masih belum ku ketemui di luar "lingkungan" maahad..tapi ukhuwah itu akan sentiasa indah dan mekar di hati sanubari..walaupun mungkin kita tak bersama lagi..tapi..jangan kita putuskan persahabatan ini..moga ia kekal sebagai syafaat mahsyar nanti..

Kepada yang membaca transkripsi ini..mengertilah..ana bukan sekadar hanya untuk bercerita tentang diri semata-mata..tapi moga dapat diambil walaupun tak banyak, tetapi sedikit pengajaran..terutamanya buat adik-adik yang masih belajar di IQT..rebutlah peluang yang ada..gunakan sebaik-baiknya..banyak-banyaklah timba pengalaman dari ustaz-ustaz kalian..Allah jangan lupa, jangan lupakan Dia dalam setiap detik hidup kita, kerana bila-bila masa sahaja nikmat hidup kita akan diambil olehNya..Dia berhak buat apa sahaja..

Wallahu'alam..

Saturday, June 6, 2009

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju...
..mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..
Mak..... amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak... kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak..... Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...ampon kan kiter....

Mak..... Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong.
...sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..

... terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....
Mak..... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak..... Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya..!

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .

Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu..
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil

Ummi..maafkan anakmu ini..

:(((((((((((((((((

#Moga kita jadi anak yang berjasa pada kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Jangan sakiti hati mereka..bila mereka sudah tiada, penyesalan takkan berguna lagi..sentiasa doakan mereka samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia..

Friday, June 5, 2009

Hanya Kerana Aku..

Di pantai yang indah itu
ku renung airnya yang jernih
ku telusuri ombaknya
yang tak pernah jemu memukul pantai,
begitu akrab ciptaanMu..
sungguh bermakna setiap qadak dan qadarMu
tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia
terlalu berharga setiap nilai ujian dariMu
menambahkan sarat diri
untuk ku lebih mengenaliMu
terlalu indah aturan hidupMu
dalam hidupku..
sedari dari dulu..
Hingga kini
aku bermula dari kepayahan
aku bermula dari fitrah insani
aku pernah bahagia
aku pernah gembira

tapi kini..
kepayahan itu datang lagi
Perlukah aku merintih atas setiap ujianMu?
Perlukah aku meratap atas setiap yang telah Kau tentukan padaku?

Mampukah aku?
aku masih tercari-cari diri
aku masih terkapai-kapai sendiri
Di pantai ini..ku renungi langitmu..
ku lihat camar berterbangan
menghiasi dada langitMu..
aku ingin seperti camar itu
bebas dari persoalan hati

aku bertanya sendiri..
masihkah ada sinar untukku?
sinar yang selama ini ku cari
telah ku temui
namun ia pergi dari dalam hidup ini
meninggalkan luka yang sakit tak terperi
adakah kerana dosaku padaMu tak terhitung lagi?
ku harap penyesalan atas dosa-dosa silam
kerana silamku adalah satu pengajaran yang pahit
mengenal manusia dan keperibadian
melalui cerca dan makian
hanya kerana kekurangan diri
bukan bimbingan yang diberi
malah ditambah fitnah yang amat mengejutkan
Tuhanku, rebahkanlah daku dalam pangkuanMu
Dakaplah daku seeratnya dalam pelukan IslamMu
Kerana tiada lain tempatku berserah
Melainkan kepadaMu ya 4JJ1..

Ya Ilahi..
kau kuatkan semangatku..
kau peganglah hatiku selama-lamanya
kau tuntunlah aku
agar aku sentiasa dekat padaMu
agar nanti ku tak menyesal seumur hidupku lagi
ku tahu, tiada siapa yang mengerti hati ini
lantas..
ku curahkan perasaan hati
pada pantai yang damai itu
walau mungkin pantai itu tak mengerti
apa yang membelenggu diri
tapi ku tahu..
pantai itu adalah makhlukMu
makhluk yang kau ciptakan sepertiku...

namun ku tahu..
DiriMu tak pernah menyepi dari hidup ini
saat aku derita, saat aku terluka
saat aku hiba..malah setiap saat
dalam hari-hariku..
Kau tak pernah jemu
menemaniku..
kasih sayangMu tak pernah meminggir..

inginku menjadi seperti Rabiatul Adawiyah
menyerahkan seluruh pengabdiannya pada Ilahi..
tapi mampukah aku?
mampukah aku mentarbiah hati
hati yang terlalu kotor ini
untuk menyerahkan
seluruh pengabdian pada Ilahi?

Aku ingin jadi seperti..
muslimah yang lain
muslimah dan mujahidah yang berkorban
setiap masa dan waktunya untuk Islam
tapi...
tiada siapa yang akan mengerti
mengapa aku menyepi..

Hanya padaMu Ya Ilahi..
Ku curahkan seluruh rasa hati
seluruh jiwa ragaku
kerana hanya Kau yang mengerti
apa yang terlintas di hati
yang terkadang tak mampu
dan tak bisa ku luahkan..
Ya Ilahi..Peganglah hatiku ini..jangan Kau murkai aku
lantaran dosa-dosaku yang lalu
ku tahu, pintu taubatMu sentiasa terbuka
selagi nyawa tidak terpisah dari diri..
ku pohon ampunanMu ya Ilahi..
Wahai insani..
Jangan kau hukumku
HANYA KERANA AKU tidak sempurna..

"Examination Pad" vs Finin

Salam untuk semua yang sudi berkunjung..ni musim periksa bagi semua sahabat-sahabat di alam maya ni..kat Malaysia ni tengah cuti-cuti sekolah..musim yang paling ramai buat kenduri..hari-hari makan gulai lama-lama badan pun boleh jadi macam kawah gulai..

Rasa-rasanya macam nak berkongsi satu cerita..tapi tak taulah ni dinamakan cerita atau sekadar nak memenuhkan blog..hihi.

Tadi tengah chat dengan ayah mad, tiba-tiba dia meletupkan gunung berapi yang selama ini mungkin terpendam barangkali...lalu terkeluarlah segala larva-larvanya..jangan marah aa..ayah mad, cik adah cerita pasal ayah mad sini..

Begini katanya "dok suke sangat kalu baca blog hok orang wat panda-panda tentang agama ni, padahala jahil, baru sikit belajar bab agama nak wat panda-panda debat tentang agama. kalu buat blog macam diari dakpe agi, buleh tahan agi..bahaya nguh orang gini wat rosak umat je"

Bisanya ayat..hihi..sampaikan ana sendiri rasa macam terkena ni..ana bertanya...

"akukah yang bersalah" sebab tiba-tiba dia "berleter" macam tu sekali. Sebelum-sebelum ni dia pernah suarakan kemarahannya itu pada ana..bila ana mengkaji dan meneliti..hmm..memang ada "sesetengahnya" begitu..

Ana cuba buat-buat selamba walaupun rasa terkena..ana pun takut kalau-kalau terlepas pandang..yelah kita tak sedar kadang-kadang kita bercakap sesuatu bukan apa yang kita hadam betul-betul tentang tu..terutamanya tentang agama..bukan boleh dibuat main-main..

Tiba-tiba ana teringat pada kata-kata saudara al-Ghazali (kelab fasi) semasa ana mengikuti satu program perayu undi..dia kata.."kalau kita nak pancing pengundi untuk undi parti kita(terutamanya golongan atas pagar), kita jangan bercakap sesuatu perkara yang kita tak hadam pasal tu contohnya pasal monsoon cup (masa tu tengah hangat pasal ni)..jangan pandai-pandai jadikan tu isu panas walaupun isu tu memang panas sekarang..nanti bila orang atas pagar tu tanya kita macam-macam lagi tentang tu, kita tak boleh jawab, bukan ke akan dipandang serong, nak bercakap tapi tak tahu apa-apa..lainla kalau kita dah cukup bukti gitu gini dan siap ada kenyataan lagi..barula boleh bercakap.." ana tak tahu dia tuju pada siapa-siapa, tapi yang penting itu je yang ana teringat bila mengulas soal ni..dan yang terlebih penting moralnya di situ, jangan bercakap apa yang kita tak tahu..itu je..(Berkaitan ke?ni dah lari dari tajuk ni..) jauh nya kona..

Berbalik pada cerita tadi..

ana pun beritahu dia..: "doh, ayah mad wat blog sendirila"

Dia jawab : "mad tak berbakat dalam bidang penulisan ni, lebih suka tengok blog orang, semua ada blog blake, lenguh nak baca.."

Ana jawab : "bukan tulis, taip je ape2 yang terlintas di hati, ikut suka kitala nak bgtau nape2 pun, blog kita kang?"

Dia jawab : "tulah masalahnya dari blog tula kita boleh nilai orang tu buat-buat pandai ke, memang pandai ke..dan yang sewaktu dengannya.."

Ana kata kat dia tengok blog saiful islamla..maksud ana barula tak serabut nak fikir-fikir orang yang buat-buat pandai ni..

Dia diam..dan alih tajuk lain (letih berleter dan puas hati akhirnya terluah barangkali)

Waduh..letih bebeno "layan ayat-ayat pedas" dari dia yang sorang ni..mujurla dia seorang je lelaki dalam adik beradik, kalau ramai, agaknya terpaksalah kena pakai earphone 24 jam tanpa henti..tapi mungkin sebagai peringatan juga kepada kakaknya yang tak berapa nak kakak ni..hihi..

Okeylah..moral dari cerita ni mungkin pembaca boleh menilainya sendiri..kalau fikir positif..jadi positiflah ia..kalau fikir sebaliknya akan jadi sebaliknyalah..

Mata dah minta untuk ditutup..dicampur dengan finin-finin kesan makan ubat tadi..ubat??fobia betul dengan ubat tu, pahitnya macam..macam apa ye?hempedu bumi kot..

Sebelum tu, selamat menempuh peperiksaan buat sahabat-sahabat sekalian..moga kalian menempuhinya dengan tenang..amiiinn...ni untuk ucapan untuk ayah mad na..jawab periksa molek, jangan fikir-fikirla tentang orang macam tu, makin dilayan makin sakit hati adala..lainla kalau kita sanggup pergi tegur dengan berdepan dengan dia, tak pun tinggalkan aje komen kat blog dia tu..asalkan teguran tu membina..tak jadi masalah..ingat..awak tu baru bermula, banyak lagi nak tempuh dalam hidup ni..anggap tu sampingan je..

Fie, kak ja, wani, nabila, leha, mei dan siapa-siapa yang ana tak sebut namanya di sini..salam terus juang untuk kalian semua..berdoalah setelah berusaha..bak kata ustaz Ku Him.."periksa tu makhluk Allah gak, tak perlu takut"..musim nila ramai orang finin-finin kepala kena baca kitab..sampai dah berjangkit kat Malaysia ni ha..

Sesuatu yang baik belum tentu benar, sesuatu yang benar belum tentu baik, sesuatu yang bagus belum tentu berharga, sesuatu yang berharga atau berguna, belum tentu bagus.

Salam..Wallahu'alam..


Wednesday, June 3, 2009

Mujahadah Hati

Biar kepahitan itu pergi
agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu
agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap
jangan diriku hilang semangat
biar penderitaan itu menyapa
agar kekuatan mampuku jana semula
biarkanlah diri ini derita
agar aku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini
tak sama bahkan hanya secebis
dari penderitaan Rasulullah s.a.w
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya
tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
cahaya kelam pahala dosa
berupaya memilihnya
walau kadang kala tersasar
lantaran pautan nafsu
namun peluang dari-Nya sentiasa ada
namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi
diturunkan ad-din memperhalusi akal
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebaik-baik umat
tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"
menyemai sepohon "taqwa"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH S.W.T"
Ya Allah..ku pohon kasih sayang-Mu..agar sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidupku
rahmatilah daku dalam memulakan langkah mentarbiah diri, memujahadah hati..

Tuesday, June 2, 2009

Calon Suami!

Coretan ni buat adik wani ku cayang..moga terjawab soalan cepumas+kuprum+zat besi tu ya..juga sebagai satu nasihat yang tak seberapa dari orang yang tak berapa berpengalaman...Insya4JJ1..takkan lupa kat wani...sampai masa adala tu...walaupun jauh di seberang morocco sana, lebih kurang je dengan seberang baroh ni..ye dak?..takpun kak dah letak dalam blog je, kongsi ramai-ramai ye..hihi :)
Pagi tadi ummi berbicara..."jangan tergesa-gesa cari calon suami, perhati dan tilik betul-betul...tak hansem pun tak apa..tapi yang penting.."fikrah" kena perhati..."

"Gedebuk" rasa macam nak jatuh hati bila ummi kata macam tu..bukan soal calon suami jadi persoalan...tapi ana terkejut bila ummi beritahu...fikrah yang paling penting...fikrah yang serasi dengan jiwa kita..ana tahu ummi bercakap dari pengalaman...ummi takkan nasihat dan bagi peringatan melainkan melalui pengalamannya..memang fikrah yang paling terpenting...

Sebelum-sebelum ni ana jarang berfikir soal ni..tapi bila ummi mula bercerita dan bersuara begitu begini...ana jadi fikir tersangat panjang..perkahwinan memang sesuatu yang perlu fikir sedalam-dalamnya sebelum terfikir untuk memulakannya...kena fikir apa yang akan terjadi selepas kahwin dan seterusnya..

Tak salah andai kita memilih yang terbaik buat diri kita, buat agama kita..cuma jangan terlalu mengharapkan yang sempurna dari segala segi...sebelum itu perhatikan juga adakah kita sempurna????

Perlu perhati dari setiap sudut..soal sikap, perangai, kegemaran, dan macam-macam lagi..nanti bila dah kahwin tak berlaku pergaduhan lantaran ketidakserasian peribadi yang tak terungkai..bagi ana seorang suami yang baik ialah yang tahu menghargai setiap pengorbanan isteri dan tak jadikan isteri seperti hamba semata-mata..contoh terbaik ialah contoh rumahtangga Rasulullah s.a.w..

Sudah banyak contoh sekarang yang ana lihat..berbagai krisis dalam perkahwinan yang kadang-kadang buat ana takut untuk menempuh alam tersebut..

Belajar dari orang berpengalaman juga antara perkara dan pendekatan yang paling baik, salah seorang kawan ana pernah berkata...dia suka berkawan dan bergaul dengan orang tua yang banyak pengalaman..banyak perkara boleh tahu..hm..betul2..dulu ana kurang suka berkawan dengan orang yang lebih tua, sebab orang tua ni kuat berleter dan suka sangat jaga tepi kain orang...tapi rupanya tidak...dia menegur berdasarkan pengalaman, dia menasihati kerana takut kita akan merasai kepahitan yang dia rasa...kini baru ana mengerti dan dapat menilainya sedikit demi sedikit..tak rugi dapat kutip pengalaman dari mereka rupanya..

Buat yang belum berkahwin dan sedang membaca coretan ni..pilihla yang terbaik untuk diri kita...jangan terlalu menilai kecantikan luaran...akhlak yang lebih penting..kita pun memang tak nak calon suami atau calon isteri yang "nakal" dan sukar dibentuk..fikir-fikirkanlah :)

Yang di cari,walau bkn Putera Raja…tp biarlah Putera Agama…
yang diimpi,biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
yang dinilai bkn sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati..
yang diharap, bkn jihad pd semangat..asal pjuangannya ada matlamat..
yang datang, tak perlu Rijal yg gemilang, kerana ana serikandi dgn silam yg kelam….
Yang dinanti, bkn lamaran dgn permata, cukuplah akad dan janji setia….
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi…kerana itulah ketentuan Azali….