Friday, May 22, 2009

Riwayat Agung

Ya Rasulullah..Kami Merinduimu...


Kau masih tersenyum

mengubat lara

selindung derita yang kau rasa

senyuman yang menteramkan

setiap insan yang kebimbangan

hakikatnya tak tertanggung lagi derita

di pangkuan isterimu Humaira'

menunggu saat ketikanya

diangkat rohmu bertemu yang Esa

tangan dicelup ke bejana air

kau sapu di muka

mengurangkan pedih

beralun zikir

menutur kasih pada Umat dan akhirat

dan tibalah waktu ajal bertamu

penuh ketenangan

jiwamu berlalu

linangan airmata syahdu iringi pemergianmu

oh sukarnya untuk umat menerima

bahkan payah untuk Umar mempercaya

tetapi iman merelakan jua

bahawa manusia kan mati akhirnya

tak terlafaz kata mengungkap hiba

gerhanalah seluruh semesta

walaupun kau telah tiada

bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah kau tinggalkan kami

warisan yang abadi

dan bersaksilah sesungguhnya

kami merinduimu...



Siti Khadijah

Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati

Srikandi pertama tika islam bermula

Hatimu menyalakan keyakinan

Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman

Dia tersisih engkau memilihnya

Dia terbuang engkau menyayanginya

Kerana iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah

Qudwah hasanah tauladan ummah

Jikalau rasul terpinggir

Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah

Agung jasamu dipersada sejarah

Pemergianmu ditangisi nabi

Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah

Menggamit hati mencari teman

Indah jalan menuju Allah

Jika teman seperti Khadijah Masih ada lagi...




Aisya Humaira

Wajah berseri pipi kemerahan

Engkau digelar Aisya Humaira

Namun bukan ingin ku bicarakan

Hingga dirimu jadi sanjungan

Tetapi merahnya dalam perjuangan

Peniup semangat suami

Khabar al kisah ku titik bermula

Telah mencalar kebahagiaan

Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa

Insan yang mulia atau sahaya

Hatta dirimu mahar melebih

Yang setanding embun kasirin

Usah ditanyakan mengapa

Lewatnya turunnya nur itu

Bagi membuktikan kepalsuan

Tuduhan seorang pendusta

Pilihlah hikmatnya

Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku

Tuhan tidak akan pernah

Mempersia-sia ketabahan seorang insan

Dalam mengharungi arus kehidupan

Yang penuh lena ujianTakkan terhidu harum mewanggi

Jika tak dinyalakan setanggi

Takkan terasa manisnya hidup

Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati yang memangku nabi

Saat hujung nyawa kan pergi

Sungguh beruntungnya dikau

Punyai suami yang amat mengasihi umatnya

Dia insan yang mulia

Kau semadikannya di ruang kamarmu



Allah menurunkan ujian kepada hambaNya adalah untuk mentarbiah hati kita untuk terus kuat menghadapi hari-hari yang mendatang...







Thursday, May 21, 2009

"Hati Rosak" punca politik gawat, organisasi lumpuh -Dr Azhar Yaakub

Ana petik dari akhbar harakah untuk kita fikir bersama.Hmm...ada kebenarannya..

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Harakah) - Punca kerosakan di muka bumi, pergolakan politik dan sesebuah institusi serta organanisasi syarikat lumpuh adalah disebabkan oleh hati manusia yang telah rosak.

Pendakwah bebas Dr. Azhar Yaakub berkata baik buruk mana-mana sikap dan tindakan individu mahupun organisasi yang besar ditentukan oleh hati malah ianya diambil kira dan dinilai oleh Allah swt di akhirat kelak.

Beliau turut memberitahu bahawa dalam al-Quran dijelaskan bahawa tidak ada sesuatu yang bermanfaat pada akhirat kelak sama ada harta, kuasa, isteri dan anak-pinak melainkan hati yang baik semata-mata.

"Firaun telah ditulis dalam al-Quran sebagai pemimpin dan ahli politik paling jahat dalam sejarah. Dan kejahatannya berpunca daripada hati yang rosak.

"Oleh kerana hatinya rosak, dia telah memecah-belah masyarakatnya dengan mencipta puak-puak dan bangsa sekaligus menindas serta bertindak zalim. Dengan cara itu, dia fikir dapat memerintah lama dan tiada masyarakat yang bersatu -padu yang akan menentangnya di kemudian hari," katanya memberikan contoh.

Azhar berkata demikian ketika sesi kuliah agama di pejabat Harakah tengah hari tadi yang turut dihadiri oleh sebilangan besar warga kerja Harakah dan Siasah.
Kuliah beliau yang bertajuk "Mengenali Potensi Diri Melalui Hati" berlangsung selama sejam turut diselitkan sesi soal jawab antara hadirin.

Kata Azhar menurut catatan Ibnu Khatir, Firaun telah membunuh sejumlah 40,000 kanak-kanak lelaki demi memastikan surivival politiknya kerana bimbang ada generasi muda iaitu bakal pemimpin yang akan datang akan memberontak dan menggulingkannya.

"Tsunami politik yang berlaku seperti era reformasi 1999, krisis Perak dan lain-lain disebabkan oleh hati yang rosak, yang gila dan tamakkan kuasa tanpa berfikir secara terbuka dan melanggar batas undang-undang.

"Jika, pemimpin punya hati yang elok, boleh terima kekalahan dengan hati yang terbuka sudah pastilah tidak berlakunya kemelut di Perak sehingga membelakangkan undang-undang demi kepentingan kelangsungan politik masing-masing," katanya.

Sungguhpun begitu, beliau menyatakan perselisihan pendapat berbeza dengan perselisihan hati yang boleh membawa kerosakan yang parah.

"Hadis Nabi menyatakan bahawa perselisihan umat Muhammad membawa nikmat. Biar berselisih pendapat tetapi tidak 'khilaf' hati," katanya.

Ditanya persoalan hati yang berkaitan irihati dan 'Ghibtah' (persaingan sihat, berlumba-lumba bersaing) dalam masyarakat, beliau secara berseloroh menjelas makna 'SMOS' iaitu "Susah Melihat Orang Senang" dan "Suka Melihat Orang Susah" untuk membezakan antara keduanya.

"SMOS adalah iri hati tetapi persaingan sihat dan mengambil iktibar atas kejayaan orang dan berubah itu adalah Ghibtah

"Oleh itu 'check' hati masing-masing, atau buat 'team building motivation' sama ada dalam terdapat hati-hati yang bersih atau sebaliknya kerana itulah punca kejayaan ataupun kerosakan sesebuah organisasi," katanya.

Wednesday, May 20, 2009

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra kalimah keramat bermantera,bermulanya siang berakhir malamku…tak akan ku jemu menyebut namaMu..tiada batasan waktu, tiada tempatMu tertentu di gunung dilembah di darat di air siapa pun hamba Keagungan Kasih merubah takdir…bila ku sedari diri disayangi..langkah kaki ini semakin berani…bila terkeliru ku ucap namaMu terasa diriku kembali dipandu…Engkau yang pertama tiada akhirnya aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya..izinkanlah aku menumpang di sini di bawah naungan kasih dan sayangMu ku berserah diri..tiada batasan waktu tiada tempatMu tertentu di gunung di lembah di darat di air siapa pun hamba keikhlasan doa keagungan kasih merubah takdir…

Dia Merancang Yang Terbaik Untukmu...

Salam Semua...

Apa khabar?harap-harap semua sihatla hendaknya ya..kalau tak sihat, cepat-cepat cari penawar...kalau hati sedang bersedih....ana ada ubatnya..bukan ubat sebarang ubat macam kat klinik tu...ubat ini ubat paling mujarab..Sebelum nak pergi sekolah ni, ana nak mencelah masa sikit sementara idea ni masih "membara", hari ni ada sambutan hari guru kat sekolah...tak belajar..jadi tula idea ada kot :) (tak berkaitan langsung)..hihi..Teruskan membaca...

Ubat paling mujarab itu adalah...hati kita sentiasa mengingati Allah..kalau kita sedih, Insya4JJ1...Dia memang merancang yang terbaik untuk kita...kita anggaplah kesedihan itu takkan selamanya...carilah di mana silapnya kita, di mana salahnya kita...kerana itu kita diuji..percayalah, Cuba rasai kasih sayang Allah dan sebutlah Hasbi Rabbi Jallalah Ma Fi Qalbi Ghairullah Nur Muhammad Sollalah...dan hayati maksudnya..Insya4JJ1...hatimu akan kembali tenang..kita akan dapat merasai kasih sayang Allah itu tak pernah meminggir pada kita...walaupun kita pernah bahagia dan saat bahagia itu kita terlupa padaNya, tapi Dia tak pernah lupakan kita saat kita bersedih..Dia tak pernah hampakan perasaan hambaNya...kalau kita diuji, itu tandanya Dia sangat sayangkan kita..kalau selamanya kita lalai...kita tak akan ingat dan kembali padaNya...kita akan terus leka dan leka...apabila kita diuji, kiranya kita masih punya iman dihati, kita akan kembali padaNya..fitrah manusia...perlu pada sesuatu yang akan memberi kekuatan padanya...kekutan kita akan ketemui bila kita pasrah dan redha menerima setiap ketentuan yang telah Dia tetapkan..

Diharap cuba try testla apa yang ana utarakan di sini...ana hanya mampu berkongsi...tindakannya terpulang pada anda semua...anda akan rasai semua ni bila anda mencubanya...ingatlah..kasih sayang Allah tak pernah meminggir...yang penting hanya pada Dia tempat sebaik-baik untuk merintih dan merayu..memang itu yang Dia rindu...Fikir-fikirlah...Wallahu'alam..Salam..



Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat, tanda kasihNya...jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah..tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah...



Sunday, May 17, 2009

Destinasi Cinta..

Terasa "kehilangan" feeling untuk mengupdate blog hari ni..Tapi sekadar mencelah masa untuk mengupdate juga...
Menyingkap tirai hati mengintai keampunan..di halaman subuh rahmatMu Tuhan..tiap jejak nan bertapak debu kejahilan...akan ku jirus dengan madu keimanan...tak ternilai air mata dengan permata...yang bisa memadamkan api neraka....andai benar mengalir..dari nasuha nurani..takkan berpaling dari palsu duniawi..destinasi cinta yang ku cari..sebenarnya terlalu hampir..hanya kabur kerana dosa di dalam hati..telah ku redah daerah cinta..yang lahir dari wadah yang alpa...tiada tenang yang ku temui...hanya kecewa menyelubungi...ku gelintar..segenap maya..mendambakan sebutir hakikat...untuk ku semai menjadi sepohon makrifah..moga dapatku berteduh di rendang kasihMu..Ya Ilahi Rabbi...namun ranjaunya tidak akan sunyi selagi denyut nadi belum berhenti..durjana syaitan menodai segumpal darah bernama hati..leraikan aku dari pautan nafsu..biarpun sukar bagiku melamar redhaMu..namun masihku mengharap ampunanMu...wahai Tuhanku...ya 4JJ1...

Pasrah Segalanya...

Pernah hati ini terguris kerna fitnah dan tohmahan menghiris....sehingga terasa diri ini hina.kerna tiada siapa yang sudi membela.. ku tabahkan hatiku harungi hidup biarpun tiada siapa yang menemani.. keseorangan aku di laluan sepi di tinggallkan mereka yang ku percayai.. namun ku tahu ada hikmahnya setiap segala yang menimpa diri.. ku serahkan segala padaMu Tuhan yang Berkuasa jua Mencipta kerana Engkau Maha Mengetahui segala apa yang terbuku di hati.. Ya Allah tidak ku terdaya lagi menahan dugaan yang mencabar ini terasa bagai noktah telah ku temui mengakhiri segala yang pernah ku mulai.. Ya Allah Engkau lindungilah aku... bekalkanlah daku dengan limpahan iman agar tabahku menghadapi dugaan.. agarku tak berhenti dipertengahan kini..di sini aku berdiri bersama harapan yang tulus suci.. agar terbitlah mentari pagi setelah malamku berkalut benci ..