Friday, June 19, 2009

Kembali Ke Dalam Diri







Perempuan Berkalong Tarbiah Dari Ilahi


Tidak redakah saya dengan ujian yang sedikit ini?


Saat ini hati saya rasa sangat sayu dan hampir tidak dapat menahan sebak di hati...perlukah saya berkongsi rasa pada kalian semua?saya masih berkira-berkira untuk bercerita..walaupun banyak cerita yang ingin dikongsi, banyak perkara yang ingin dibicara, tapi entah mengapa..sejak akhir-akhir ini mood untuk mengupdate blog ini tidak sesemangat masa pertama kali saya ingin memiliki blog sendiri..semangat saya semakin luntur..saya memerlukan seseorang untuk membimbing saya..saya perlukan semangat dari diri saya sendiri juga, seperti nasihat saya pada anak murid saya.


Tambahan hari ini ditambah dengan tekanan di tempat kerja membuatkan saya terfikir-fikir untuk berhenti saja. Tapi bila difikirkan, saya perlu teruskan walau sepahit manapun rasa yang ditanggung, saya terpaksa menerimanya..kerana saya yakin saya tak bersendirian hadapi ujian ni. Tak perlu saya ulangi banyak kali kesilapan yang telah banyak saya lakukan dalam hidup saya..Saya tak sampai hati melihat abah kuat bekerja dihari-hari tuanya yang sepatutnya dihabiskan untuk diisi dengan amal ibadah, dan saya terasa sayu melihat mata ummi yang selama ini membesarkan saya dengan kedua tangannya..sungguh saya tak sampai hati..mana mungkin saya mementingkan diri sendiri hanya kerana saya tak kuat menghadapi ujian yang maha sedikit ini...mungkin inilah waktunya untuk saya berbakti pada ummi dan abah yang telah banyak berkorban untuk saya..walaupun mungkin takkan dapat membalas jasanya yang terlalu banyak..susah payah ummi mengandungkan diri ini, melahirkan saya sampai bertarung nyawa antara hidup dan mati, kalau saya ceritakan segala jasa mereka, berhelai-helaian kertas pun takkan pernah habis.. jasa mereka tiada nilai taranya..saya nak jadi anak solehah..walaupun saya tahu saya telah banyak melukai hati mereka..tapi yang membuatkan saya tak pernah jemu menyayangi mereka kerana sifat kasih sayang mereka..kasih sayang yang berpanjangan..ummi tak pernah marah saya dengan bahasa yang kasar..sebaik mungkin ummi menegur dan mendidik anak-anak dengan kelembutan..lembut dan terus berlembut hingga ke saat ini..ummi insan hebat di hati saya..mampukah saya jadi setabah ummi?mampukah saya mengikuti jejak langkah ummi yang tabah dan cekal menghadapi semuanya?mulianya kasihmu ummi..


Sesungguhnya saya amat rindukan seorang sahabat yang pernah membimbing diri ini..yang mengenalkan saya pada perjuangan..perjuangan amal islami..tapi kini sahabat itu telah pergi..dan pergi takkan kembali..saya rindukan nasihatnya dan kata-kata semangat darinya yang tak pernah jemu menyokong saya dari belakang..kami seiring sejalan dalam perjuangan ini..tapi perjalanan perjuangan kami tidak panjang..entah mengapa saya betul-betul rindukan pada kerja-kerja amal islami ini bila teringatkan sahabat saya itu..sahabatku..salam dari kejauhan..maafkan saya..seperti nasihat adik saya yang membuatkan saya terfikir-fikir..sibukkan diri dengan kerja-kerja amal islami...tapi apalah daya saya..maafkan bilaku tak sempurna.terlalu rumit untuk saya ceritakan di sini..Ya Allah kau kuatkanlah semangatku..sekuat semangat siti hajar..kau kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi..untuk menghadapi setiap ujian dariMu...



Thursday, June 18, 2009

Seindah Ciptaanmu..Sesuci Hatimu..

Cahaya hati arwah Hazwan, Najibatul Naimah.lucu, bijak, pandai, banyak celoteh dan yang paling penting cute..



anak saudara, sayyidatul solehah & wafa' hanani. Gedek sudaa..


Mohd Syahdan Hanif



Mohd Syakir Aqif
Terhibur melihat gelagat anak-anak fitrah, cahaya mata yang bersih daripada dosa dan prasangka.

Sunday, June 14, 2009

Pemergianmu..

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan. Ianya bukanlah bererti menyerahkan tugas itu kepada mana-mana generasi tanpa punya ciri-ciri khas.
Tetapi hendaklah dipastikan bahkan dituntut supaya generasi itu mempunyai ciri-ciri Islam, berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam dan berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi malangnya mereka dipergunakan untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda.
Tetapi pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi bersifat seperti kera. Pemuda yang tidak mempunyai akhlak lebih dekat dengan binatang. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan.

Pemuda pondan yang tiada kebaikan di dalam diri mereka. Tetapi ternyata keberkatan itu datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

'Tulisan ini amat memberi kesan buat diri saya. Inilah buat tangan ulama' terkenal Ikhwanul Muslimin Lubnan; Dr. Fathi Yakan.Ulama' yang dikenang.
Ulama' apabila ia mati, bukan jasadnya sahaja yang ditanam. Tetapi ilmunya juga turut ditanam bersama-sama.

Saya diberitakan bahawa Dr. Fathi Yakan telah meninggal dunia semalam. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit. Lantas saya menggesa jemaah untuk sama-sama solat jenazah ghaib untuknya. Sunnah Nabi SAW di dalam menghormati orang yang berjasa.Semoga Allah mencucuri rahmat buatnya dan menjadikannya sebagai syuhada' di dalam perjuangan agama Islam ini.

Sesungguhnya pemergiannya mendatangkan kesan yang mendalam buat para pendakwah, harakah islamiah, penulis dakwah dan buat umat Islam yang cintakan ad-Dinnul Haq ini.

Sedikit latar belakang Al-marhum.

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan. Isterinya bernama Dr. Mona Haddad Yakan. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 4 orang puteri dan seorang putera.

PhD yang diperolehi beliau adalah di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Apa yang menariknya B.A dan M.A nya adalah di dalam bidang kejuruteraan. Allah telah mengurniakannya akal yang cerdas dan tangan emas kepada beliau.

Hasilnya beliau telah menulis banyak karya-karya Islami yang menggegarkan pemikiran dunia Islam.Ziarah awalnya bertemu Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimallah di Syria telah menjana azam yang bergermelapan buat dirinya bersama lebih kurang 50 orang yang turut serta.

Lantas mereka mempelopori gerakan pembaharuan Islam di Lubnan.Antara bukunya yang terkenal dan dijadikan asas oleh ramai jemaah ikhwan di seluruh dunia adalah 'Maza Yakni Intima il-Islam' yang bermaksud 'Apakah ertinya saya menganut Islam?' Buku ini mengupas erti Islam buat ummah dalam keadaan yang ringkas dan mudah difahami.Golongan sasaran beliau adalah pemuda dan pemudi.

Beliau sedar golongan ini adalah aset yang amat bernilai bagi menyambung tugas yang pernah disandang oleh para sahabat Rasulullah SAW yang majoritinya terdiri daripada golongan pemuda.

Ini disebabkan tenaga dan kesungguhan yang mereka miliki adalah melebihi golongan tua.Tahun-tahun akhirnya beliau bergiat sebagai ahli politik kerana melihat pentingnya daei hadir ditengah-tengah masyarakat.

Harakahnya juga pernah ditentang, malah beliau pernah dipenjarakan. Tubuhnya pernah diseterika sehingga seluruh badannya menjadi remuk.

Ada berpendapat umurnya lebih muda daripada tubuh badannya akibat seksaan yang menimpa beliau.

Buat Dr. Fathi Yakan...Bersemadilah dengan tenang di alam sana, sesungguhnya umurmu banyak dihabiskan kerana memikirkan masalah umat ini. Semoga Allah memberikan balasan yang syurga yang tiada tolok banding nikmatnya kepadamu dan juga kepada kita semua.
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. "
(Surah al-Fajr, 27-30)
~>....Terlalu banyak berita pemergian yang abadi akhir-akhir ini...suatu masa nanti..kita juga akan merasai perkara yang sama..kematian yang bergantung pada amalan..cukupkah amalanku Ya Allah...Bersediakah aku...Pimpinlah hati ini...<~