Saturday, June 13, 2009

Cintaku Hanya MilikMu..


Bukan mudah Ya ALLAH…

Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan

Keindahan dunia ini menganggu ku

Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku

Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini

Aku mencari dan terus mencari

Dimanakah ku tagih cinta Ilahi

Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri

Sedang aku tidak diuji

Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali

Andai bisa aku berbicara denganMU

Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku

Sungguh aku bukan bercakap kosong

Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU,

yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya

Melawan sesuatu yang digelar fana dunia

Aku tak mampu Ya ALLAH,

Belenggu ini menghimpit ku…

Belenggu ini menghiburkan hatiku

Sehingga aku senang denganya

Sehingga aku takut kehilanganya

Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…

Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak
Ya ALLAH menghampiri syurgaMU

Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU

Lalu ke manakah langkahku

Selayaknya dimanakah tempatku Atas redhaMU

ya Rabbi..aku hanya menuruti

Andai aku diseksa, kan aku patuhi

Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH

kerana sudi menyayangi diri ini

Terima Kasih Ya ALLAH

kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku

Terima Kasih Ya ALLAH

kerana sering bersama-sama denganku, tak kira apa keadaan imanku

Sesungguhnya Ya ALLAH, cinta ku hanya milikMU…

Friday, June 12, 2009

Ummi Terima Anugerah Jasamu Dikenang

Tahniah Ummi! Jasamu dikenang. Ku lihat bergenang airmatamu ketika itu, mungkin terkenangkan setiap perit jerihmu ketika suatu ketika dulu..Bukan penghargaan di dunia yang terlalu didambakan, tetapi semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t..Kudrat yang diberi oleh Allah jangan dipersiakan, tetapi untuk berbakti kepada agamaNya...

Harakah 9-12 Mac 2009

Kuala Terengganu : Mengimbau kisah silam ketika menjadi guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kampung Losong Haji Mat Shafie yang pertama di negeri Terengganu pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dilalui.

Puan Hajah Hasnah Endut, 49, kini menetap di kampung Seberang Baruh Kiri merupakan guru pertama penubuhan Pasti di negeri ini pada tahun 1980 hingga 1987. Waktu itu, beliau tinggal di kampung Pulau Ketam, Duyong. Berkhidmat sebagai guru Pasti yang berulang-alik dengan perahu pada setiap hari.

"Pengalaman pahit manis saya ketika saya berkhidmat sebagai guru Pasti apabila terpaksa berulang-alik setiap pagi dengan perahu dari Pulau Duyong ke kampung Losong.

"kami tiga beranak bersama arwah ayah (allahyarham Endut Ismail) dan seorang adik ( Zainah Endut) sebagai pembantu saya di sekolah Pasti itu," Jelasnya ketika ditemui Harakah, di rumahnya, baru-baru ini.

Katanya, setiap pagi seawal jam 7.00 ayah (allahyarham) akan menghantar Hasnah dengan perahu menyusuri Sungai Terengganu dari Pulau Duyong ke kampung Losong. Menurutnya, meki pun ada perasaan takut ketika itu tetapi kerana cintakan pendidikan Islam digagahi dengan tabah dan sabar.

"Saya sangat berterima kasih kepada arwah yang telah meninggal dunia 20 tahun lalu kerana sanggup menghantar kami dua beradik untuk ke tempat mengajar pasti." ujarnya.

Beliau pada waktu itu berusia 21 tahun yang merupakan pelajar lepasan Institut Berakan (IB) yang menjadi guru Pasti pertama didakwa di Mahkamah Majestret oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu.

Menurutnya pengalaman tersebut lebih menguatkan lagi semangat serta azam mahu mendidik anak bangsa dengan ilmu-ilmu Islam.

"Saya pernah didakwa di mahkamah kerana mengajar anak-anak pra-sekolah Pasti yang kononnya tidak didaftarkan dengan kementerian pendidikan.

Akhirnya, kes itu selesai dan tidak bersalah kerana kami mengajar ilmu agama Islam yang betul seperti doa-doa, membaca al-Quran dan ilmu Fardhu ain."

Manakala, katanya pengalaman manis ketika itu kerana minat yang mendalam terhadap kanak-kanak serta masyarakat setempat yang dahagakan ilmu agama. Menurutnya, meski pun bayaran sebagai imbuhan serta elaun guru dan pembantu tidak setimpal tetapi ikhlas demi perjuangan Islam.




Antara yang hadir

Penyampaian anugerah

Bacaan ikrar oleh guru-guru PASTI



Di majlis sambutan Hari Guru PASTI

Thursday, June 11, 2009

Gundahnya Dirimu Wahai Hati dan......


Assalamualaikum w.b.t untuk semua...apa khabar iman di hati?

Walauapapun yang terjadi, kita perlu bangkit, kita perlu terus berdiri,kita perlu cekal dan tabah hati...takkan nak dibiarkan blog ni sepi seolah-olah tak bertuan..fie kan?kan.kan?

Terima kasih ingatkan kak dah untuk update blog ni ye..bukan niat kak dah untuk terus menyepi, biasalah selagi bernama manusia ni kita takkan lari dari ujian fie kan?fie ada ujian tersendiri, kak dah pun ada ujian tersendiri..sepanjang cuti ni, banyak perkara yang terjadi hingga buatkan kak dah lebih banyak mencuba untuk muhasabah diri dan rasa nak berdiam diri..pepatah ada mengatakan "kalau bercakap itu perak, diam itu adalah emas"..ha..tulah petuanya..kalau orang mengumpat kita ke, tak senang dengan kita dan yang sewaktu dengannya, jalan terbaik adalah kita berdiam diri, bukan bermakna kita kalah, tapi masa tulah untuk menguji sejauhmana kesabaran kita untuk bertahan dengan apa yang orang tak senang hati dengan kita..masa tulah juga nak menguji setakat mana kekuatan iman kita untuk bertahan dengan ujian Allah tu..kadang-kadang yang empunya diri pun tak kuat juga nak mempraktikkan apa yang terluah, tapi dari pengalaman kita belajar, dari kepahitan kita jadi cekal, dari jatuh bangun kita bermula, dan dari situlah kita boleh kongsi pada yang lain agar tak tersungkur dalam menghadapi setiap ujian dariNya yang layak bila-bila masa sahaja untuk menguji kita dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara..

Cuti pun macam tak cuti, banyak perkara yang perlu difikirin, dibuatin dan bermacam-macam tin lagi..kita takkan cuti dari ujian, semua tu akan datang dan terus datang dalam hidup kita untuk mentarbiah hati kita..hati yang penting..hingga nak update blog ni pun bak kata orang ganu "nok royak dok reti"..huhu..mungkin perasaan tu hilang entah ke mana..lagipun, kak dah jadi hilang idea, nak cakap pasal perjuangan memang kak dah tak pandai..bercerita tentang diri,diri dan diri saja selagi mampu berdiri.huhu..(banyak sangat terlalut-malut ni)

Tak perlu kita tanya kenapa Allah uji kita dengan bermacam-macam ujian, tapi tanyalah pada diri, apa dosa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sedemikian rupa, hidup semakin banyak ujian, semakin lebih bererti untuk kita lebih mengenaliNya, semakin mendekatkan kita padaNya..

Banyak yang kak dah buat post, tapi tak jadi nak dipertontonkan dalam blog, biasanya jadi ter"save"..Insya4JJ1..ada peluang dan sesuai dengan waktunya akan muncullah tu..

Fie nak dengar kak dah berceloteh kan? bila dah berceloteh susah pulak nak berhenti ni. rasa macam banyak nak "belebe" ni :) ..seolah-olah bercakap dengan fie sorang je kan?:)..teringin untuk berkongsi sesuatu yang berharga yang di "transkripsikan" di dalam hati..kerana kebanyakan yang menjengah ke blog ni dikalangan yang tergolong dikalangan tersebut.

..asyik teringat-ingat kenangan di maahad saja ba. Kenangan yang takkan dapat di tempat lain..sememangnya belajar di maahad tiada tandingannya belajar di tempat lain(bagi ana)..masih mencari jawapan, tapi tak tahu kat mana yang seronok..mungkin ketika itu, bila berdamping dengan al-Quran hati sentiasa rasa tenang..tapi bila dah jadi "lepasan pelajar maahad" ,sangat susah untuk mendisiplinkan diri untuk mengaji berbanyak-banyak. Jadi "lagha"..dan tersangat "lagha"..terasa ruginya tidak menggunakan peluang yang perlu direbut dahulu, semua pengalaman ustaz-ustaz terdahulu yang bercerita takkan dapat lagi peluang yang awak ada kat maahad ni tak diambil cakna..menghafal kadang-kadang sekadar untuk melepaskan diri dari tasmi'.."jahilnya aku ketika itu ya Allah"..kini semua penyesalan tu kalau dicerita panjang lebar pun tiada gunanya..hanya kita yang menanggung penyesalannya...seperti kata ummi, penyesalan ni kita takkan dapat nak cerita kat orang lain..sakitnya sebuah penyesalan itu..cuma yang perlu kita buat perlu berubah dan terus berubah untuk memperbaiki lagi mutu hafalan dan ulangan sebelum kita dijemput pergi dan takkan kembali lagi..

Mungkin juga salah satunya kerana mungkin ukhuwah yang terbina di maahad takkan dapat di tempat lain, ini hanyalah bagi pendapat ana..dan memang itu yang ana alami..memang banyak salah faham, ada bermacam-macam karenah sahabat-sahabat yang perlu kita hadapi, tapi semua tu buat kita lebih menghargai erti sebuah persahabatan..dari semua tu kita belajar erti peribadi manusia..selain itu tercipta banyak kenangan manis, jatuh bangun dalam menghafaz al-Quran..tumpuan hanya diberikan pada al-Quran, dan kita semua sama..matlamat kita sama, cita-cita kita sama, tujuan juga sama...kita saling memerlukan saat itu..indahnya ukhuwah ketika itu..

Untuk sahabat-sahabatku yang belajar di maahad waktu itu..Fie, kak ja, kak Farah, Kak Na, sakinah dan Yati..kalian banyak mengajarku erti sebuah persahabatan..aku rindukan saat kita sama-sama bermula dahulu..bermula dari merangkak iaitu minggu orientasi..kita masing-masing buat hal sendiri..takut dan malu untuk bertegur sapa..tiada "zouq" ukhuwah ketika itu barangkali..malah fie dan kinah pernah mengatakan aku "sombong"..sememangnya "title" itu yang layak diberikan ketika itu..dan selepas itu kita mula bertatih...belajar berjalan dan terus berjalan melangkah seiring sejalan..banyak pahit manis suka duka kita lalui bersama..dan kini kita mampu berlari dan terus berlari untuk mencapai setiap cita-cita dalam hidup kita masing-masing untuk bekal akhirat kita nanti..ukhuwah yang seumpama itu cuba ku selami dan terus tercari-cari, namun masih belum ku ketemui di luar "lingkungan" maahad..tapi ukhuwah itu akan sentiasa indah dan mekar di hati sanubari..walaupun mungkin kita tak bersama lagi..tapi..jangan kita putuskan persahabatan ini..moga ia kekal sebagai syafaat mahsyar nanti..

Kepada yang membaca transkripsi ini..mengertilah..ana bukan sekadar hanya untuk bercerita tentang diri semata-mata..tapi moga dapat diambil walaupun tak banyak, tetapi sedikit pengajaran..terutamanya buat adik-adik yang masih belajar di IQT..rebutlah peluang yang ada..gunakan sebaik-baiknya..banyak-banyaklah timba pengalaman dari ustaz-ustaz kalian..Allah jangan lupa, jangan lupakan Dia dalam setiap detik hidup kita, kerana bila-bila masa sahaja nikmat hidup kita akan diambil olehNya..Dia berhak buat apa sahaja..

Wallahu'alam..