Friday, June 12, 2009

Ummi Terima Anugerah Jasamu Dikenang

Tahniah Ummi! Jasamu dikenang. Ku lihat bergenang airmatamu ketika itu, mungkin terkenangkan setiap perit jerihmu ketika suatu ketika dulu..Bukan penghargaan di dunia yang terlalu didambakan, tetapi semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t..Kudrat yang diberi oleh Allah jangan dipersiakan, tetapi untuk berbakti kepada agamaNya...

Harakah 9-12 Mac 2009

Kuala Terengganu : Mengimbau kisah silam ketika menjadi guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kampung Losong Haji Mat Shafie yang pertama di negeri Terengganu pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dilalui.

Puan Hajah Hasnah Endut, 49, kini menetap di kampung Seberang Baruh Kiri merupakan guru pertama penubuhan Pasti di negeri ini pada tahun 1980 hingga 1987. Waktu itu, beliau tinggal di kampung Pulau Ketam, Duyong. Berkhidmat sebagai guru Pasti yang berulang-alik dengan perahu pada setiap hari.

"Pengalaman pahit manis saya ketika saya berkhidmat sebagai guru Pasti apabila terpaksa berulang-alik setiap pagi dengan perahu dari Pulau Duyong ke kampung Losong.

"kami tiga beranak bersama arwah ayah (allahyarham Endut Ismail) dan seorang adik ( Zainah Endut) sebagai pembantu saya di sekolah Pasti itu," Jelasnya ketika ditemui Harakah, di rumahnya, baru-baru ini.

Katanya, setiap pagi seawal jam 7.00 ayah (allahyarham) akan menghantar Hasnah dengan perahu menyusuri Sungai Terengganu dari Pulau Duyong ke kampung Losong. Menurutnya, meki pun ada perasaan takut ketika itu tetapi kerana cintakan pendidikan Islam digagahi dengan tabah dan sabar.

"Saya sangat berterima kasih kepada arwah yang telah meninggal dunia 20 tahun lalu kerana sanggup menghantar kami dua beradik untuk ke tempat mengajar pasti." ujarnya.

Beliau pada waktu itu berusia 21 tahun yang merupakan pelajar lepasan Institut Berakan (IB) yang menjadi guru Pasti pertama didakwa di Mahkamah Majestret oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu.

Menurutnya pengalaman tersebut lebih menguatkan lagi semangat serta azam mahu mendidik anak bangsa dengan ilmu-ilmu Islam.

"Saya pernah didakwa di mahkamah kerana mengajar anak-anak pra-sekolah Pasti yang kononnya tidak didaftarkan dengan kementerian pendidikan.

Akhirnya, kes itu selesai dan tidak bersalah kerana kami mengajar ilmu agama Islam yang betul seperti doa-doa, membaca al-Quran dan ilmu Fardhu ain."

Manakala, katanya pengalaman manis ketika itu kerana minat yang mendalam terhadap kanak-kanak serta masyarakat setempat yang dahagakan ilmu agama. Menurutnya, meski pun bayaran sebagai imbuhan serta elaun guru dan pembantu tidak setimpal tetapi ikhlas demi perjuangan Islam.




Antara yang hadir

Penyampaian anugerah

Bacaan ikrar oleh guru-guru PASTI



Di majlis sambutan Hari Guru PASTI

No comments:

Post a Comment