Thursday, June 11, 2009

Gundahnya Dirimu Wahai Hati dan......


Assalamualaikum w.b.t untuk semua...apa khabar iman di hati?

Walauapapun yang terjadi, kita perlu bangkit, kita perlu terus berdiri,kita perlu cekal dan tabah hati...takkan nak dibiarkan blog ni sepi seolah-olah tak bertuan..fie kan?kan.kan?

Terima kasih ingatkan kak dah untuk update blog ni ye..bukan niat kak dah untuk terus menyepi, biasalah selagi bernama manusia ni kita takkan lari dari ujian fie kan?fie ada ujian tersendiri, kak dah pun ada ujian tersendiri..sepanjang cuti ni, banyak perkara yang terjadi hingga buatkan kak dah lebih banyak mencuba untuk muhasabah diri dan rasa nak berdiam diri..pepatah ada mengatakan "kalau bercakap itu perak, diam itu adalah emas"..ha..tulah petuanya..kalau orang mengumpat kita ke, tak senang dengan kita dan yang sewaktu dengannya, jalan terbaik adalah kita berdiam diri, bukan bermakna kita kalah, tapi masa tulah untuk menguji sejauhmana kesabaran kita untuk bertahan dengan apa yang orang tak senang hati dengan kita..masa tulah juga nak menguji setakat mana kekuatan iman kita untuk bertahan dengan ujian Allah tu..kadang-kadang yang empunya diri pun tak kuat juga nak mempraktikkan apa yang terluah, tapi dari pengalaman kita belajar, dari kepahitan kita jadi cekal, dari jatuh bangun kita bermula, dan dari situlah kita boleh kongsi pada yang lain agar tak tersungkur dalam menghadapi setiap ujian dariNya yang layak bila-bila masa sahaja untuk menguji kita dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara..

Cuti pun macam tak cuti, banyak perkara yang perlu difikirin, dibuatin dan bermacam-macam tin lagi..kita takkan cuti dari ujian, semua tu akan datang dan terus datang dalam hidup kita untuk mentarbiah hati kita..hati yang penting..hingga nak update blog ni pun bak kata orang ganu "nok royak dok reti"..huhu..mungkin perasaan tu hilang entah ke mana..lagipun, kak dah jadi hilang idea, nak cakap pasal perjuangan memang kak dah tak pandai..bercerita tentang diri,diri dan diri saja selagi mampu berdiri.huhu..(banyak sangat terlalut-malut ni)

Tak perlu kita tanya kenapa Allah uji kita dengan bermacam-macam ujian, tapi tanyalah pada diri, apa dosa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sedemikian rupa, hidup semakin banyak ujian, semakin lebih bererti untuk kita lebih mengenaliNya, semakin mendekatkan kita padaNya..

Banyak yang kak dah buat post, tapi tak jadi nak dipertontonkan dalam blog, biasanya jadi ter"save"..Insya4JJ1..ada peluang dan sesuai dengan waktunya akan muncullah tu..

Fie nak dengar kak dah berceloteh kan? bila dah berceloteh susah pulak nak berhenti ni. rasa macam banyak nak "belebe" ni :) ..seolah-olah bercakap dengan fie sorang je kan?:)..teringin untuk berkongsi sesuatu yang berharga yang di "transkripsikan" di dalam hati..kerana kebanyakan yang menjengah ke blog ni dikalangan yang tergolong dikalangan tersebut.

..asyik teringat-ingat kenangan di maahad saja ba. Kenangan yang takkan dapat di tempat lain..sememangnya belajar di maahad tiada tandingannya belajar di tempat lain(bagi ana)..masih mencari jawapan, tapi tak tahu kat mana yang seronok..mungkin ketika itu, bila berdamping dengan al-Quran hati sentiasa rasa tenang..tapi bila dah jadi "lepasan pelajar maahad" ,sangat susah untuk mendisiplinkan diri untuk mengaji berbanyak-banyak. Jadi "lagha"..dan tersangat "lagha"..terasa ruginya tidak menggunakan peluang yang perlu direbut dahulu, semua pengalaman ustaz-ustaz terdahulu yang bercerita takkan dapat lagi peluang yang awak ada kat maahad ni tak diambil cakna..menghafal kadang-kadang sekadar untuk melepaskan diri dari tasmi'.."jahilnya aku ketika itu ya Allah"..kini semua penyesalan tu kalau dicerita panjang lebar pun tiada gunanya..hanya kita yang menanggung penyesalannya...seperti kata ummi, penyesalan ni kita takkan dapat nak cerita kat orang lain..sakitnya sebuah penyesalan itu..cuma yang perlu kita buat perlu berubah dan terus berubah untuk memperbaiki lagi mutu hafalan dan ulangan sebelum kita dijemput pergi dan takkan kembali lagi..

Mungkin juga salah satunya kerana mungkin ukhuwah yang terbina di maahad takkan dapat di tempat lain, ini hanyalah bagi pendapat ana..dan memang itu yang ana alami..memang banyak salah faham, ada bermacam-macam karenah sahabat-sahabat yang perlu kita hadapi, tapi semua tu buat kita lebih menghargai erti sebuah persahabatan..dari semua tu kita belajar erti peribadi manusia..selain itu tercipta banyak kenangan manis, jatuh bangun dalam menghafaz al-Quran..tumpuan hanya diberikan pada al-Quran, dan kita semua sama..matlamat kita sama, cita-cita kita sama, tujuan juga sama...kita saling memerlukan saat itu..indahnya ukhuwah ketika itu..

Untuk sahabat-sahabatku yang belajar di maahad waktu itu..Fie, kak ja, kak Farah, Kak Na, sakinah dan Yati..kalian banyak mengajarku erti sebuah persahabatan..aku rindukan saat kita sama-sama bermula dahulu..bermula dari merangkak iaitu minggu orientasi..kita masing-masing buat hal sendiri..takut dan malu untuk bertegur sapa..tiada "zouq" ukhuwah ketika itu barangkali..malah fie dan kinah pernah mengatakan aku "sombong"..sememangnya "title" itu yang layak diberikan ketika itu..dan selepas itu kita mula bertatih...belajar berjalan dan terus berjalan melangkah seiring sejalan..banyak pahit manis suka duka kita lalui bersama..dan kini kita mampu berlari dan terus berlari untuk mencapai setiap cita-cita dalam hidup kita masing-masing untuk bekal akhirat kita nanti..ukhuwah yang seumpama itu cuba ku selami dan terus tercari-cari, namun masih belum ku ketemui di luar "lingkungan" maahad..tapi ukhuwah itu akan sentiasa indah dan mekar di hati sanubari..walaupun mungkin kita tak bersama lagi..tapi..jangan kita putuskan persahabatan ini..moga ia kekal sebagai syafaat mahsyar nanti..

Kepada yang membaca transkripsi ini..mengertilah..ana bukan sekadar hanya untuk bercerita tentang diri semata-mata..tapi moga dapat diambil walaupun tak banyak, tetapi sedikit pengajaran..terutamanya buat adik-adik yang masih belajar di IQT..rebutlah peluang yang ada..gunakan sebaik-baiknya..banyak-banyaklah timba pengalaman dari ustaz-ustaz kalian..Allah jangan lupa, jangan lupakan Dia dalam setiap detik hidup kita, kerana bila-bila masa sahaja nikmat hidup kita akan diambil olehNya..Dia berhak buat apa sahaja..

Wallahu'alam..

2 comments:

  1. BismiLlah ar-Rahmaan ar-Raheem~

    Kalau bercakap itu perak,diam itu emas.."sabar itu perak,syukur dengan ujian itu emas tulin" ^_~betul ke?pepandai je wat pepatah sniri..ehe~

    air jernih dari kelopak mata gugur lagi...Maahaduna~tak terbanding di mana2 tempat yang pernah jejak.moga ada syafaatnya di mahsyar inchaALLAH =)

    permintaan dari jauh; doakan kami untuk slh stu ujian2 dunia ni ye kak...moga nusrah Allah Ta3ala slalu bersama kita insyaAllah.moga~

    ReplyDelete
  2. "sabar itu perak, syukur dengan ujian itu emas tulin"..hmm..betul2.setuju2..dapat emas tulin tu kalau bersyukur.lepas ni bolehla k.dah guna pepatah ni pulak.

    kenapa?rindu kat suasana mhd ye?samalah kita.ye, btul..nti wani balik jgn lupa berbakti pada anak bangsa dan agama ye..moga kita sama-sama tak lupa amanah Allah beri.InsyaAllah..ukhuwah itu indah bila kita saling ingat-mengingati.

    InsyaAllah..sentiasa doakan kalian. moga adik2 semua dapat jwb dgn tnang.moga Allah permudahkan..ujian dunia kita dah rasa sangat berat..bgaimana di sana nanti?sama2 kita muhasabah diri ye :)

    ReplyDelete