Wednesday, May 27, 2009

Kullu nafsin zaiqatul maut...

Salam mahabbah untuk semua...apa khabar iman dihati?apa khabar peribadi?...Alhamdulillah, ana masih diberi peluang oleh 4JJ1 untuk berkongsi sesuatu pada transkripsi hati ana ni..

Kelmarin ana dapat berita seorang pelajar kakak senior maahad kak marini..koma kat hospital dah seminggu lebih..kerana pendarahan dalam otak..mungkin ada yang mengenalinya..seorang yang ramah dan baik hati..itu mengikut cerita orang..biasanya begitulah ujian Allah..indah pada masanya...apa-apa sahaja yang paling kita suka Dia akan menguji balik atas nikmat yang diberi itu untuk menguji sejauhmana kesyukuran kita padaNya dan sekuat mana iman dan ketabahan untuk kita menerima takdir tersebut..

Pagi tadi ana bertambah terkejut bila dapat berita dia telah meninggal dunia jam 1 pagi..Innalilahiwainnailaihirajiuun....samada percaya atau tidak...itulah hakikatnya..gugur lagi seorang hafizah di bumi maahad..mungkin Allah ingin memberi suatu iktibar buat mereka yang masih diberi kesempatan untuk bernafas di buminya ini..bermula dari Azwan, Ustaz Hafiz Kamil, Mohd Hatta..ana jadi masih tertanya-tanya sendirian...hikmah apakah ini ya 4JJ1?...seorang demi seorang warga maahad pergi dan takkan kembali..dalam kegembiraan kita, adakah kita mengingati mati itu suatu yang pasti?dan tujuan hidup ini adalah mencari mati yang sempurna..dalam kebahgiaan kita adakah kita sedar kita akan menemui Ilahi?semua itu hanya kita punya jawapannya yang tersendiri...tepuk dada tanyalah iman..ana takut bercakap pada apa yang ana tak laksanakan dan ana ingin berpesan pada diri ana sendiri khususnya..Islah nafsak wa ad'u ghairak..

Menurut cerita dari seorang kawan ana, baru beberapa minggu yang lepas dia makan semeja dan bersembang banyak hal tentang maahad dengan kak marini..tiba-tiba dapat berita mengejut dia dah pergi buat selamanya. Mati itu tak mengenal sesiapa, tak mengenal masa dan tak mengenal usia..cuma terpulang pada kita untuk bersiap menghadapinya..

Seperkara lagi..buat sahabat-sahabat seperjuangannya...bersabarlah..memang pahit untuk menerima kenyataan ini..tapi ingatlah..Allah takkan bagi ujian pada hambaNya dengan sia-sia..tak pernah..Dia tak pernah uji seseorang melainkan untuk mematangkan diri seseorang untuk lebih mengenali erti hidup..untuk lebih menghargai sahabat kita yang mungkin semasa hidupnya kita tak menghargai dan jarang meminta maaf padanya..erti kehilangan mengajar kita untuk lebih menghargai...

Terima kasih sayang yang tak terhingga buat ummi dan abah tersayang kerana melahir, mengasuh dan mendidik diri ini atas dasar cinta dan kasih sayang kerana diri ini lahir ke dunia ini juga atas dasar cinta..maafkan anakmu ini kerana terlalu banyak tak menghargai kasih sayangmu itu...apapun yang ku balas di dunia ini takkan dapat mengganti nilai kasihmu...yang memberi nama yang terindah padaku..mungkin untuk mendoakanku jua di sepanjang perjalanan hidup yang penuh mehnah ini..aku terlalu takut sekiranya lafaz ini menjadi lafaz yang tersimapan..walau apapun yang terjadi..kalian tak pernah putus asa mendidik hingga diriku jadi seperti sekarang..tak pernah terlintas dihati ini mengatakan ummi abah tak pandai mendidik anak..biar apapun orang mengata..kau tetap sentiasa dekat di hatiku..

2 comments:

  1. begitulah kasih Allah pada hamba-Nya... kita harus mengambil pengajaran dan pelajaran... bayangkan dengan kealpaan kita mengingati kitab dan ayat-ayat-Nya di saat ini, dan andai kita pula dijemput oleh-Nya sebentar lagi...

    ReplyDelete
  2. nauzubillahiminzalik..moga kita tidak tgolong dikalangan tersebut..

    ReplyDelete