Friday, May 1, 2009

Mengapa permintaan aku masih belum diperkenankanNya?
Doa bagaikan tidak bersambut...rintihan dan munajat bagai tidak kesampaian...


Kerana Dia masih mahu terus mendengar rayuan dan rintihanmu.

Tapi sampai bila ?

Sampai engkau terima, bahawa apa yang diinginkan oleh Tuhan itulah yang terbaik untukmu.

Tapi bukankah aku layak untuk berdoa, dan bukankah Tuhan suka hamba-hambaNya berdoa?

Ya, tapi doa dengan hati yang merendah, yang tahu diri maha hina dan lemah. Kerana yang kuat, yang mampu hanya Dia. Maka padaNya kita meminta...bukan doa seorang tuan. Ibarat seorang pesuruh istana, tanpa adab sopan, menerah ke ruang istana, meminta-minta pada Sultan, mungkinkah akan diperkenankan?

Tapi aku amat memerlukan, kerana itu aku meminta-minta, merayu-rayu..

Berdoalah, merayulah terus, merintih dan adukanlah segalanya yang menjadi kesulitan hidupmu pada Dia Yang Maha Mendengar Lagi Maha Tahu. Jadilah seperti pesakit yang mendedahkn derita dan penyakitnya kepada doktor. Urusan ubat, bukan pesakit yang menentukan, tetapi doktor.

Jadi?
Yang kita rasa perlu untuk kita, belum tentu itu yang Tuhan mahu untuk kita. Boleh jadi apa yang tidak kita sukai itulah yang terbaik buat kita. Dan boleh jadi pula apa yang kita sukai itulah yang tida baik bagi kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi, sedangkan kita maha lemah lagi jahil. Terimalah ketentuan Tuhan itu sebagai sahutan dari munajat dan doamu.

No comments:

Post a Comment