Thursday, May 14, 2009

Hari ni ada tiga orang anak murid ana yang tak tasmi...seorang sakit..seorang selesema...dan seorang lagi..."tak ingat ustazah..semalam hafal i'dadi"...dendala jawabnya..hanya lompat bintang 20 kali..yang selesema tu lucu betul.."ustazah, saya tak selesa nak mengaji, tak boleh nak dengung sebab selesema...kelmarin anak murid yang selalu mengaji kat ana tu, "sakit gigi ustazah, banyak sangat dengung"..lha..memangla..tempat yang tak sepatutnya dengung pun awak dengung jugak...padanla sampai sakit gigi...macam-macam karenahla...lucu jugak...tak pernah lagi ana dengar baca Quran sampai sakit gigi oleh kerana terlalu banyak dengung...ish.ish..sebelum terlupa..untuk fie yang "selalu setia" menjengah blog k.dah...sori..tak dapat nak scan lagi gambar yang fie mintak tu..tak sempat lagi...sabar ye menantikan kemunculannya :)..Insya4JJ1 k.dah takkan hampakan fie..jaga diri, hiasi peribadi..bi taufiq wa najah fil imtihan..banyak-banyak buat solat hajat tau :)

Wednesday, May 13, 2009

al-Fatihah....


Bismillahirrahmanirrahim...


Sebelum mata terlena..ana nak abadikan sebuah cerita yang agak terharu...Najibatul Naimah..dahpun berumur lima tahun...anak arwah azwan bekas pelajar maahad yang meninggal dulu...raut wajahnya saling tak tumpah seperti arwah ayahnya..ada pengganti..ana terharu melihat pada sepasang mata yang redup itu...ana rasa tersangat tersentuh..melihat keletahnya..celotehnya..memang dia anak yang baik dan mendengar kata...naluri "keibuan" ana tersentuh..ana rasa terhibur dan rasa sayang kat dia walaupun baru sekejap mengenalinya...mungkin itu fitrah anak yatim...orang akan memandangnya dengan perasaan kasih...tapi dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah...namun ana yakin Allah itu Maha Bijak mengatur setiap kehidupan manusia dan Dia takkan menguji seseorang itu sekiranya tidak mampu...al-Fatihah buat Allahyarham azwan..moga ditempatkan bersama-sama dengan orang yang Allah kurniai nikmat...moga kak ibah jadi anak yang solehah penyejuk hati bagi ummi...amiiin...

Diri mencari diri

Terkadang hati terasa rindu dan terpaut pada indahnya seruan jihad dan kewajipan berdakwah...namun kerana keterbatasan waktu dan anasir-anasir diri, semuanya bagaikan hanya tinggal satu impian agaknya..diri mencari diri...Ya Allah..kau bantulah hamba-hambaMu yang terus thabat dalam menegakkan agamaMu..cekalkan hati mereka dan kuatkan semangat mereka...amiiin...

Monday, May 11, 2009

Alhamdulillah...hari ni berakhir tugas sebagai pendidik anak bangsa :)...banyak perkara yang berlaku hari ni..salah satunya yang agak lucu sikit bagi ana...anak murid ana yang seorang ni..dia memang mengaji kat ana dan duduk sebelah ana..hari ni sepatutnya dia tasmi' surah al-'Ala..tapi tak ingat-ingat lagi..ana pun bagitaula dia surah tu dah biasa baca dalam sembahyang witir..dia kata yeke?(sempat lagi tak tahu)..yela ana jawab...ke tak pernah tahajud ni...secara spontan dia jawab "sembahyang wajib pun tak khusyuk"..oh..mungkin maksud dia, dia sembahyang wajib pun tak khusyuk..apatahlagi nak sembahyang tahajud...la..jujurnya dia..ke perli ustazah ni...hehe...anak murid ana seorang ni memang kelakar...dia terlalu jujur...memang dia rasa nak kata..dia kata je...ana pun dah banyak kali "terkantoi" dengan dia...kadang-kadang terdiam juga..bukan dia biadab, tapi dia sememangnya begitu...sekurang-kurangnya walaupun dia lambat hafal dari kawan-kawan dia yang lain...tapi dia hormat ana..dan tak pernah sakitkan hati ana...dia betul-betul buat apa yang ana suruh...berbanding dengan yang lain kadang-kadang ada juga yang tak dengar kata..biasala...nak didik manusia bukannya suatu perkara mudah...seperti juga ibu bapa dan guru-guru kita terdahulu didik kita...sekarang ana dapat rasa betapa susahnya hati bila anak-anak tak dengar kata..begitulah agaknya perasaan ummi abah ana...dan betapa susahnya nak suruh tasmi' sampaikan hari-hari nak kena fikir denda yang terbaru dan kreatif agar mereka semua berubah..begitulah perasaan ustaz ana agaknya...bila tak tasmi' 2,3 hari..ustaz tak pernah marah..lebih banyak bersabar dengan karenah kami...tapi sekarang baru terfikir..rasa bersalahnya kat ustaz sebab masa muda-muda :) dulu tak dengar cakap ustaz...ana pun takut bila fikirkan tentang anak-anak murid ana yang nakal...takut suatu hari nanti mereka menyesal yang tiada sudahnya bila tak bersungguh-sungguh menjaga al-Quran..kalau nak suruh mengulang..selalu kena paksa...ana dulu..nak menghafal ke nak mengulang..tak pernah ustaz paksa dan take care sampai tahap sekarang ni...ustaz ustazah kena berjaga siang malam...dulu terpulang pada masing-masing, siapa tak tasmi dia ketinggalan...jauh berbeza masa ana dulu dan sekarang...apapun untuk anak didikku..mengertilah...hafal dan jaga hafalan al-Quran tak semudah yang kita sangka..bukan hanya pada gelaran hafiz hafizah...tapi tanggungjawab yang digalas mengatasi segalanya...sampai dunia akhirat amanah tu terpikul...ana juga berpesan pada diri ana sendiri...Wallahu'alam...

Sunday, May 10, 2009

Rehat Sejenak..


Beberapa potongan hadis untuk renungan bersama...
Syurga Yang DiDambakan
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”

(al-Bukhari)

Huraian : Dunia ini adalah kerajaan Allah SWT. Segala yang ada di alam ini adalah daripada kurniaan rahmat Allah. Manusia merupakan khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanah Allah. Hidup ini merupakan pemberian Allah dan kematian pula adalah qadar atau ukuran dari Allah. Dunia ini adalah kebun tempat manusia berusaha untuk mematuhi perintah Allah, dan akhirat adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah. Orang yang berbahagia ialah mereka yang menurut petunjuk Allah dan Rasul-Nya, dan orang yang malang ialah mereka yang membelakangkan diri dari pengajaran Allah dan Rasul-Nya. Maka manusia yang ditugaskan memikul beban dan tanggungjawab di dunia yang fana dan penuh cabaran ini hendaklah mempunyai persiapan untuk kehidupan yang selamanya di negeri yang abadi di mana kematian adalah jambatan yang menghubungkan antara keduanya yang seterusnya menyampaikan mereka ke suatu tempat sama ada ke syurga atau ke neraka.



Dugaan Menghapuskan Dosa

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

(Muslim)

Huraian : Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)


Cinta Lahirkan Ketaatan

Hadith :
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya.”

(al-Bukhari dan Muslim) ; Rujuk Mukhtasar Sahih al-Bukhari 14, Mukhtasar sahih Muslim 23)


Huraian : Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perasaan, lagi tipis perikemanusiaannya. Berbeza halnya dengan orang yang dikurniakan Allah SWT dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Rasulullah SAW contohnya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya. Sudahkah kita berusaha mengamal dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tapi cinta yang melahirkan ketaatan pada Allah SWT dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari-hari? Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan dalam kehidupan seharian, kita sering melanggar nasihat-nasihat baginda? Kecintaan kita pada baginda selama ini cuma cinta bersahaja, bukan juga cinta biasa sebagaimana cinta kita kepada anak-anak atau manusia yang lain. Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, disebut-sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!

Mati Dalam Iman
Hadith :
Dari jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar rasulullah s.a.w bersabda:” Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.”

(Muslim)


Huraian“Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam" merupakan perintah Allah agar kita jangan mati kecuali dalam keadaan beriman dengan ajaran Islam kerana Allah S.W.T tidak akan menerima agama selain Islam, malah Islamlah satu-satunya agama yang diredhai-Nya. Memanng tidak dinafikan bahawa tiada sesiapa pun yang layak dan mampu memberikan hidayah kepada seseorang kecuali Allah yang akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki. Namun begitu kita selaku manusia diberi kemampuan untuk membuatkan diri kita mati di dalam keadaan beriman sedangkan Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada kita jalan untuk mencapainya iaitu kita seharusnya melakukan perkara-perkara berikut : • Menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. • Berdoa kepada Allah untuk mematikan kita dalam Islam dan dalam keadaan beriman (husnul khotimah). • Bersyukur kepada Allah di atas nikmat Islam yang diberi bahkan sesungguhnya nikmat yang terbesar yang kita miliki ialah nikmat Iman dan Islam.• Menanamkan perasaan takut sekiranya mati dalam keadaan suul khotimah. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menjaga dan memperkuat keimanan kita dengan menjauhi maksiat dan dosa kerana perkara tersebut akan melemahkan dan merendahkan nilai pegangan aqidah kita serta ditakuti nanti kita akan menghadapi saat sakratul maut yang payah.