Showing posts with label Untukmu Rahmat dan Maghfirah... Show all posts
Showing posts with label Untukmu Rahmat dan Maghfirah... Show all posts

Sunday, June 14, 2009

Pemergianmu..

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan. Ianya bukanlah bererti menyerahkan tugas itu kepada mana-mana generasi tanpa punya ciri-ciri khas.
Tetapi hendaklah dipastikan bahkan dituntut supaya generasi itu mempunyai ciri-ciri Islam, berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam dan berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi malangnya mereka dipergunakan untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda.
Tetapi pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi bersifat seperti kera. Pemuda yang tidak mempunyai akhlak lebih dekat dengan binatang. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan.

Pemuda pondan yang tiada kebaikan di dalam diri mereka. Tetapi ternyata keberkatan itu datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

'Tulisan ini amat memberi kesan buat diri saya. Inilah buat tangan ulama' terkenal Ikhwanul Muslimin Lubnan; Dr. Fathi Yakan.Ulama' yang dikenang.
Ulama' apabila ia mati, bukan jasadnya sahaja yang ditanam. Tetapi ilmunya juga turut ditanam bersama-sama.

Saya diberitakan bahawa Dr. Fathi Yakan telah meninggal dunia semalam. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit. Lantas saya menggesa jemaah untuk sama-sama solat jenazah ghaib untuknya. Sunnah Nabi SAW di dalam menghormati orang yang berjasa.Semoga Allah mencucuri rahmat buatnya dan menjadikannya sebagai syuhada' di dalam perjuangan agama Islam ini.

Sesungguhnya pemergiannya mendatangkan kesan yang mendalam buat para pendakwah, harakah islamiah, penulis dakwah dan buat umat Islam yang cintakan ad-Dinnul Haq ini.

Sedikit latar belakang Al-marhum.

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan. Isterinya bernama Dr. Mona Haddad Yakan. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 4 orang puteri dan seorang putera.

PhD yang diperolehi beliau adalah di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Apa yang menariknya B.A dan M.A nya adalah di dalam bidang kejuruteraan. Allah telah mengurniakannya akal yang cerdas dan tangan emas kepada beliau.

Hasilnya beliau telah menulis banyak karya-karya Islami yang menggegarkan pemikiran dunia Islam.Ziarah awalnya bertemu Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimallah di Syria telah menjana azam yang bergermelapan buat dirinya bersama lebih kurang 50 orang yang turut serta.

Lantas mereka mempelopori gerakan pembaharuan Islam di Lubnan.Antara bukunya yang terkenal dan dijadikan asas oleh ramai jemaah ikhwan di seluruh dunia adalah 'Maza Yakni Intima il-Islam' yang bermaksud 'Apakah ertinya saya menganut Islam?' Buku ini mengupas erti Islam buat ummah dalam keadaan yang ringkas dan mudah difahami.Golongan sasaran beliau adalah pemuda dan pemudi.

Beliau sedar golongan ini adalah aset yang amat bernilai bagi menyambung tugas yang pernah disandang oleh para sahabat Rasulullah SAW yang majoritinya terdiri daripada golongan pemuda.

Ini disebabkan tenaga dan kesungguhan yang mereka miliki adalah melebihi golongan tua.Tahun-tahun akhirnya beliau bergiat sebagai ahli politik kerana melihat pentingnya daei hadir ditengah-tengah masyarakat.

Harakahnya juga pernah ditentang, malah beliau pernah dipenjarakan. Tubuhnya pernah diseterika sehingga seluruh badannya menjadi remuk.

Ada berpendapat umurnya lebih muda daripada tubuh badannya akibat seksaan yang menimpa beliau.

Buat Dr. Fathi Yakan...Bersemadilah dengan tenang di alam sana, sesungguhnya umurmu banyak dihabiskan kerana memikirkan masalah umat ini. Semoga Allah memberikan balasan yang syurga yang tiada tolok banding nikmatnya kepadamu dan juga kepada kita semua.
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. "
(Surah al-Fajr, 27-30)
~>....Terlalu banyak berita pemergian yang abadi akhir-akhir ini...suatu masa nanti..kita juga akan merasai perkara yang sama..kematian yang bergantung pada amalan..cukupkah amalanku Ya Allah...Bersediakah aku...Pimpinlah hati ini...<~

Saturday, May 16, 2009

Duhai Teman Sejatiku..




Terdetik di hati ana untuk mengabadikan beberapa petikan kata-kata untuk tatapan bersama..tajuk buku "Duhai teman sejatiku" lantunan kata dari pengarang kegemaran ana Fatimah Syarha Mohd Noordin "Hadiah Daripada Hati" Allahyarham saudara Hatta kepada adik ana..pemergiannya meninggalkan satu "wasiat" berharga..walaupun hanya sebuah buku, namun isi kandungannya sangat memberi kesan pada hati-hati yang tahu menilainya...seolah-seolah satu luahan hati dari arwah sendiri..al-Fatihah untuk arwah...perginya tiada pengganti..Wallahu'alam..Antara petikan dari buku tersebut...

"Kepada anda yang punya teman sejati..."

"Teman sejati anda adalah ibarat diri anda sendiri.. Ia bagaikan cermin diri anda. Susah senang ditanggung bersama..Apa yang anda mahu kebaikan pada diri anda, itulah kebaikan yang anda mahu pada dirinya..Apa-apa keburukan yang anda tidak mahu ada pada diri anda, itulah perkara yang anda tidak mahu pada dirinya.."

Curahan Rasa Hati

Duhai Teman Sejatiku.

"Buatmu, cebisan istimewa ini ku nukilkan tanda persahabatan berpintal iman, lantaran tak dapat ku sembunyi apa yang melingkar di hati. Kasihku padamu tidak terperi, terhampar luas tak bertepi..."

Kau Penyelamat

"Di saat gersang jiwaku, kau sirami muhasabah, di saat tandus amalku, kau suburkan Qudwah, di saat gugur semangatku, kau bajai Quwwah."

Susah Payah Bersama

"Tika air mataku berguguran, kau turut kepiluan, tika senyumku tak lekang, kau ceria berpanjangan..tika kesedihan bertamu, kau hiburkan semampumu, tika lemah menyapa kau ingatkan janji-Nya, tika kejayaanku tercipta kau doakan redha-Nya bersama.."

Sahabat Abadi

"Teruja aku pada kata Imam al-Ghazali yang mulia:

Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.

Kuharapkan mekar di hati agar persahabatan suci ini kan terus mantap menjadi syafaat terukir indah di pintu Jannah"

Madah Berhelah

"Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah kita pula berhibur dengan madah kalamullah"

Akhlak Dan Pekerti

"Jika sepasang kekasih memejam mata pada aib pasangannya kerana saling menjaga hati, kita pula sentiasa menjaga akhlak dan pekerti dan saling nasihat menasihati, agar peribadi makin berkualiti"

Persinggahan Musafir

"Sedarlah teman sejatiku...Kita musafir di dunia, kitakan PULANG padaNya, hidup di dunia akan ditanya, adakah diisi dengan sebaiknya atau keseronokan semata-mata..mahukah kita hidup terhina?tanpa ilmu sebagai bekalnya..kelak di sana rendah darjatnya"

Pengisian Hati

"Temanku tersayang..renungilah sebiji cawan, jika tidak dituang air, molekul udara memenuhinya...begitu jua diri kita, jika tidak diisi iman, masuklah syaitan bermaharajalela..diri kita perlu pengisian dengan ilmu dan agama, agar hidup dekat denganNya, baru hatimu tenang bahagia"

Ketinggian Iman

"Duhai teman sejatiku..hilangkanlah kesedihan..pujuklah jiwamu dengan janji al-Rahman ketinggian seseorang kerana Iman : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang beriman." {Surah Ali Imran : 139}

Mencipta Taufan

"Duhai teman sejatiku..bangkitlah dari lenamu yang panjang, yang tak pernah berkesudahan, sekali kau terjatuh, jangan biarkan dirimu terjatuh selamanya, kau punya kekuatan untuk bangkit semula dan mara berlari kencang mencipta taufan"

Teguhkanlah Imanmu

"Indah kalam Rasul junjungan mengajar erti perjuangan perlukan keteguhan azam istiqamah, tetap pendirian. Jangan mudah terhalang, janji Allah pasti datang!"

Syarat Memikul Amanah Allah

Rasul bermadah lagi, satu janji satu aspirasi..islam takkan dapat ditandingi "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya"...Cuma yang belum pasti..adakah kita tinggi peribadi?untuk memikul amanah suci.bagi merebut pandangan Ilahi sebagai JILUL QURAN yang tersendiri"

Jiwa Insan Pejuang

"ketahuilah..Allah mmelihara jalanNya..agar disusuri hati yang bersih..sarat ketakwaan..merindui wajahNya..jua keredaan..itulah jiwa insan pejuang"

Jiwa Munafik

"Bimbangilah daripada memiliki jiwa munafik bertopeng ketaatan, sebaliknya teguhlah di atas jalan keredhaan"

Aku Inginkan Al-Siddiq

"Duhai teman sejatiku..aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq...persahabatan dijalin kerana al-Khaliq, harta dikorban bukan sedikit..cintakan kebenaran, sanggup bersakit"

Ibrahim A.S Mulia

"Aku ingin kita seperti tawakal Ibrahim a.s mulia..ketika meninggalkan insan tercinta, di bumi tandus tanpa bicara, meyakini Allah sebagai penjaga.."
Seorang Umar

"Aku impikan antara kita seorang Umar, berdiri tatkala tunduknya manusia, bersuara tatkala diamnya mereka, menggerunkan musuh durjana"

Senyuman Syed al-Qutb

"Aku rindukan senyuman Syed al-Qutb ketika berhadapan dengan tali maut, akidah mantap tidak terenggut..roh dakwahnya tidak surut"

Keteguhan Ibn Zubbair

"Aku ingin kita seteguh Ibn Zubbair, menahan panahan Hajjaj dengan rela, bersama si ibu tua, lantas syahid rohnya diangkat ke syurga"

Benih Hassan al-Banna

"Marilah kita menyemai benih mujahid Hassan al-Banna, fikrahnya jernih menggegar dunia, merelakan tubuhnya dimamah peluru demi menegakkan kalam Allah dan Rasul"

Pemuda Ghiffari

"Aku cintakan pemuda Ghiffari, menetang kezaliman walaupun diancam, moga kan lahir lagi di abad ini jiwa pemuda yang tak pernah suram"

Pemaaf Yusof A.S

"Aku ingin kita sepemaaf Yusuf a.s tetap mencintai dan menolong saudaranya walaupun pernah dihumban ke perikgi tua, terpisah dari ayahnda bertahun lamanya"

Wangi Masyitah

"Aku ingin PUSARA kita harum mewangi, bagi harumya pusara Masyitah, semerbak kasturi, kerana hebatnya iman, mempertahan syahadah dikeliling kekufuran"

Jika Perpisahan Bertamu

" Saat demi saat terlalu pantas menyusur waktu, meninggalkan jeja-jejak semalam yang barangkali pahit untuk digamit, menukilkan kenangan yang barangkali indah penuh kiasan..saat perpisahan bisa bertandang, wajah kan sugul kepayahan, lafaz kan tenat kelukaan...Sesungguhnya teman, air mata perpisahan itu sejernih embun di dedaun, bak mutiara berkilauan, menyingkap rahsia keikhlasan"

Syafaat Mahsyar

"Duhai teman sejatiku...aku inginkan persahabatan indah ini bisa menjadi syafaat di mahkamah mahsyar nanti, ketika semua umat manusia gusar mencari perlindungan..Allah menyeru tujuh golongan antaranya dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah..begitu sabda junjungan"

Bersama Ke Syurga

""Ya Allah..tatkala bahang mahsyarMu menjilat tubuh..izinkan kami sama-sama berteduh..tatkala mizanMu teliti mengira...beratkan neracanya atas setiap jasa...naungi kami di sana...berkat kasih keranaMu semata-mata...andai ku layak ke syurga..ku pinta dia bersama..."

Subhanallah..tersentuh hati ana menghayati setiap bait kata-katanya..memang suatu petanda....ana dedikasikan juga kata-kata di atas buat yang pernah menjadi sahabat-sahabat ana samada secara langsung atau tidak...mencari sahabat dan teman sejati memang payah...yang penting kita perlu menjadi sahabat sejati terlebih dahulu..barulah kita akan ketemui sahabat sejati...hargailah seorang sahabat dan teman selagi dia masih ada di sisi kita...kerana kita tidak tahu dan tidak dapat menjangka bila tiba saatnya kita akan menemui ajal..tepuk dada tanyalah iman!...waalahu'alam...

Wednesday, May 13, 2009

al-Fatihah....


Bismillahirrahmanirrahim...


Sebelum mata terlena..ana nak abadikan sebuah cerita yang agak terharu...Najibatul Naimah..dahpun berumur lima tahun...anak arwah azwan bekas pelajar maahad yang meninggal dulu...raut wajahnya saling tak tumpah seperti arwah ayahnya..ada pengganti..ana terharu melihat pada sepasang mata yang redup itu...ana rasa tersangat tersentuh..melihat keletahnya..celotehnya..memang dia anak yang baik dan mendengar kata...naluri "keibuan" ana tersentuh..ana rasa terhibur dan rasa sayang kat dia walaupun baru sekejap mengenalinya...mungkin itu fitrah anak yatim...orang akan memandangnya dengan perasaan kasih...tapi dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah...namun ana yakin Allah itu Maha Bijak mengatur setiap kehidupan manusia dan Dia takkan menguji seseorang itu sekiranya tidak mampu...al-Fatihah buat Allahyarham azwan..moga ditempatkan bersama-sama dengan orang yang Allah kurniai nikmat...moga kak ibah jadi anak yang solehah penyejuk hati bagi ummi...amiiin...