Tuesday, June 2, 2009

Transkripsi Hati Buat Sahabatku..


Sahabatku..

Transkripsi hatiku ini ku tujukan buatmu yang bernama sahabat..seorang sahabat yang banyak mengajar erti segala erti perasaan..

Andai suatu hari nanti aku dijemput pergi..sekurang-kurangnya aku berpuashati, aku meninggalkan luahan hatiku yang terpendam...agar engkau akan mengerti dan memahami bahawa aku terlalu menyayangi persahabatan kita yang terjalin sekian lama..


Aku tak pernah meminta kau menyanjung dan menghargai diriku melebihi segala-segalanya..malah cukuplah kau memahami bahawa "aku tetap sahabatmu" dulu, kini dan selamanya...

Walaupun terlalu banyak kekurangan yang ada pada diriku yang membuatkanmu tak senang hati..tapi mengertilah aku hanya insan yang bernama manusia..aku tak pernah lari dari kealpaan dan kekurangan diri..
Dan pesanku buatmu sahabat..

Usah kita terlalu mengharapkan kesempurnaan dari seseorang kerana mungkin suatu hari nanti kita tidak akan dapat menerima kekurangan yang ada pada orang lain, malah kita akan selamanya tidak akan bersyukur menerima kehadiran seseorang dalam hidup kita...

Kita tidak boleh mengharapkan semua orang jadi seperti kita...sempurna dari segala-galanya..kerana kita pun tidak sempurna..selagi bernama manusia kita tidak akan sempurna..

Walau terkadang hatiku terluka kerana sikapmu..namun, aku hanya penyeru..aku bukan penghukum..aku tidak layak untuk menghukum dirimu..lantas ku memohon pada yang Esa..yang memegang hati hamba-Nya..maafkanlah sahabatku..mungkin sahabatku membuatku terluka tanpa menyedarinya..ku phon pada-Mu ya 4JJ1..kurniakanlah aku sahabat yang memahami diriku..yang menjadikan persahabatan umpama jambangan bunga..umpama persis tasbih..


Sahabatku..

Saat demi saat berlalu, terlalu pantas menyusur waktu..meninggalkan jejak-jejak semalam yang barangkali pahit untuk digamit..menukilkan kenangan yang barangkali indah penuh kiasan..perpisahan yang bertamu..wajah sugul kepayahan, lafaz tenat kelukaan..

Sesungguhnya sahabatku..air mata perpisahan itu sejernih embun di dedaun, bak mutiara berkilauan..menyingkap rahsia keikhlasan..

Buatmu sahabat..

Ya 4JJ1..tatkala bahang mahsyar-Mu menjilat tubuh, izinkan kami sama-sama berteduh..tatkala mizan-Mu teliti mengira..beratkan neracanya atas setiap jasa...naungi kami di sana..berkat kasih kerana-Mu semata...andai ku pergi sebelumnya dan ku layak ke syurga..ku pinta dia bersama..



Sunday, May 31, 2009

Ada lemak babi rupanya..

Selama ni ana tak perasan..tapi bila cek kat PPIM memang sah ada lemak babi..untuk perkongsian bersama..dan untuk pengetahuan bersama antara makanan yang ada lemak adalah "kek apollo, pringles buatan US ..sebelum membeli perhatikan kod ni..ini adalah merupakan kod untuk lemak babi..

TAKE NOTE..DAPAT DARI SUMBER SAHIH : JGN TAK BACA These Emulsiers are HARAM , 120, 141, 160(A), 161, 252 300, 301,422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 471, 472 (A.E), 474, 475, 476,477, 481, 482, 483, 491, 492, 494 , 542, 570, 572, 635, 920,

Ini masalah serius, melibatkan darah daging yang mengalir dalam tubuh kita untuk beribadah dan baca al-Quran. kalau tersentuh binatang najis tu kita kena samak, kalau termakan?Fikir-fikirkanlah..

Saturday, May 30, 2009

Pemergian Yang Tragis...

Salam untuk semua..antum semua sihat?
Semalam ana dah berjanji nak ceritakan satu cerita tragis. Ana tak nak bercerita panjang. Mungkin melalui gambar ni dah membuktikan segalanya..ana cek-cek e-mail semalam, terjumpala satu mail yang ana tak buka lagi..Fi, maaf kak dah baru buka mail fi yang bertarikh 16/03/2007...huhu..tapi bila tengok mail fi tu..terasa menyentap seluruh jiwa raga..Ya 4JJ1..inikah di katakan dunia akhir zaman?



Kenapa bayi ini diperlakukan sekejam ini?????mengapakah tergamak orang yang mengandung dan melahirkannya bertindak begini?Ana tak tahu kisah di sebaliknya, tapi menurut dari pengirim mail, bayi ini dibuang dari tingkat 7..Ya 4JJ1..binatang pun sayangkan anak..masih ramai lagi yang nakkan anak tapi tak dapat, inikan pula..diperlakukan seperti...entah apa perkataan untuk ana gambarkan..melihatkan pada bayi ini..otaknya terburai..subhanallah..ana yakin, sekiranya ibu @ bapa yang buat perkara ni bila dia menyesal suatu hari nanti, dia akan menyesal yang tiada sudahnya.
Mungkin ini anak luar nikah..ana pun tak pasti untuk membuat andaian sendiri..

Sekarang isu buang bayi tiap-tiap hari berlaku, beberapa minggu yang lepas..kes buang bayi hanya tinggal kaki dan tangan sahaja, anggota badan yang lain hancur..sehinggakan polis yang mengutip cebisan daging bayi tersebut tidak dapat menahan air mata..

Masih banyak lagi kes-kes buang bayi yang tak dapat ana nak cerita..ana rasa tersentuh hati melihat bayi yang tak berdosa diperlakukan sebegini rupa..bagi ana.."tiada maaf bagimu"...tunggulah balasan dari 4JJ1 di akhirat nanti..

Ya 4JJ1..inikah petanda bala..bala yang tak sama seperti di tempat lain..diturunkan bala dengan berbagai cara..Nauzubillah...
Wallahu'alam..

4JJ1....

...........................sekarang dah jam dua pagi..tapi, kat depan rumah ana ada mat-mat rempit lari dari polis barangkali..nak lelapkan mata pun susah.Orang-orang macamni kan..ana bagi cadangan lebih baik hantar kat palestin pergi berperang lagi bagus..daripada ganggu orang tidur..ayam pun tahu nak tidur..ada kisah tragis...yang buat ana rasa susah nak lelapkan mata...nanti ana cerita..

Wednesday, May 27, 2009

Kullu nafsin zaiqatul maut...

Salam mahabbah untuk semua...apa khabar iman dihati?apa khabar peribadi?...Alhamdulillah, ana masih diberi peluang oleh 4JJ1 untuk berkongsi sesuatu pada transkripsi hati ana ni..

Kelmarin ana dapat berita seorang pelajar kakak senior maahad kak marini..koma kat hospital dah seminggu lebih..kerana pendarahan dalam otak..mungkin ada yang mengenalinya..seorang yang ramah dan baik hati..itu mengikut cerita orang..biasanya begitulah ujian Allah..indah pada masanya...apa-apa sahaja yang paling kita suka Dia akan menguji balik atas nikmat yang diberi itu untuk menguji sejauhmana kesyukuran kita padaNya dan sekuat mana iman dan ketabahan untuk kita menerima takdir tersebut..

Pagi tadi ana bertambah terkejut bila dapat berita dia telah meninggal dunia jam 1 pagi..Innalilahiwainnailaihirajiuun....samada percaya atau tidak...itulah hakikatnya..gugur lagi seorang hafizah di bumi maahad..mungkin Allah ingin memberi suatu iktibar buat mereka yang masih diberi kesempatan untuk bernafas di buminya ini..bermula dari Azwan, Ustaz Hafiz Kamil, Mohd Hatta..ana jadi masih tertanya-tanya sendirian...hikmah apakah ini ya 4JJ1?...seorang demi seorang warga maahad pergi dan takkan kembali..dalam kegembiraan kita, adakah kita mengingati mati itu suatu yang pasti?dan tujuan hidup ini adalah mencari mati yang sempurna..dalam kebahgiaan kita adakah kita sedar kita akan menemui Ilahi?semua itu hanya kita punya jawapannya yang tersendiri...tepuk dada tanyalah iman..ana takut bercakap pada apa yang ana tak laksanakan dan ana ingin berpesan pada diri ana sendiri khususnya..Islah nafsak wa ad'u ghairak..

Menurut cerita dari seorang kawan ana, baru beberapa minggu yang lepas dia makan semeja dan bersembang banyak hal tentang maahad dengan kak marini..tiba-tiba dapat berita mengejut dia dah pergi buat selamanya. Mati itu tak mengenal sesiapa, tak mengenal masa dan tak mengenal usia..cuma terpulang pada kita untuk bersiap menghadapinya..

Seperkara lagi..buat sahabat-sahabat seperjuangannya...bersabarlah..memang pahit untuk menerima kenyataan ini..tapi ingatlah..Allah takkan bagi ujian pada hambaNya dengan sia-sia..tak pernah..Dia tak pernah uji seseorang melainkan untuk mematangkan diri seseorang untuk lebih mengenali erti hidup..untuk lebih menghargai sahabat kita yang mungkin semasa hidupnya kita tak menghargai dan jarang meminta maaf padanya..erti kehilangan mengajar kita untuk lebih menghargai...

Terima kasih sayang yang tak terhingga buat ummi dan abah tersayang kerana melahir, mengasuh dan mendidik diri ini atas dasar cinta dan kasih sayang kerana diri ini lahir ke dunia ini juga atas dasar cinta..maafkan anakmu ini kerana terlalu banyak tak menghargai kasih sayangmu itu...apapun yang ku balas di dunia ini takkan dapat mengganti nilai kasihmu...yang memberi nama yang terindah padaku..mungkin untuk mendoakanku jua di sepanjang perjalanan hidup yang penuh mehnah ini..aku terlalu takut sekiranya lafaz ini menjadi lafaz yang tersimapan..walau apapun yang terjadi..kalian tak pernah putus asa mendidik hingga diriku jadi seperti sekarang..tak pernah terlintas dihati ini mengatakan ummi abah tak pandai mendidik anak..biar apapun orang mengata..kau tetap sentiasa dekat di hatiku..