Friday, June 5, 2009

"Examination Pad" vs Finin

Salam untuk semua yang sudi berkunjung..ni musim periksa bagi semua sahabat-sahabat di alam maya ni..kat Malaysia ni tengah cuti-cuti sekolah..musim yang paling ramai buat kenduri..hari-hari makan gulai lama-lama badan pun boleh jadi macam kawah gulai..

Rasa-rasanya macam nak berkongsi satu cerita..tapi tak taulah ni dinamakan cerita atau sekadar nak memenuhkan blog..hihi.

Tadi tengah chat dengan ayah mad, tiba-tiba dia meletupkan gunung berapi yang selama ini mungkin terpendam barangkali...lalu terkeluarlah segala larva-larvanya..jangan marah aa..ayah mad, cik adah cerita pasal ayah mad sini..

Begini katanya "dok suke sangat kalu baca blog hok orang wat panda-panda tentang agama ni, padahala jahil, baru sikit belajar bab agama nak wat panda-panda debat tentang agama. kalu buat blog macam diari dakpe agi, buleh tahan agi..bahaya nguh orang gini wat rosak umat je"

Bisanya ayat..hihi..sampaikan ana sendiri rasa macam terkena ni..ana bertanya...

"akukah yang bersalah" sebab tiba-tiba dia "berleter" macam tu sekali. Sebelum-sebelum ni dia pernah suarakan kemarahannya itu pada ana..bila ana mengkaji dan meneliti..hmm..memang ada "sesetengahnya" begitu..

Ana cuba buat-buat selamba walaupun rasa terkena..ana pun takut kalau-kalau terlepas pandang..yelah kita tak sedar kadang-kadang kita bercakap sesuatu bukan apa yang kita hadam betul-betul tentang tu..terutamanya tentang agama..bukan boleh dibuat main-main..

Tiba-tiba ana teringat pada kata-kata saudara al-Ghazali (kelab fasi) semasa ana mengikuti satu program perayu undi..dia kata.."kalau kita nak pancing pengundi untuk undi parti kita(terutamanya golongan atas pagar), kita jangan bercakap sesuatu perkara yang kita tak hadam pasal tu contohnya pasal monsoon cup (masa tu tengah hangat pasal ni)..jangan pandai-pandai jadikan tu isu panas walaupun isu tu memang panas sekarang..nanti bila orang atas pagar tu tanya kita macam-macam lagi tentang tu, kita tak boleh jawab, bukan ke akan dipandang serong, nak bercakap tapi tak tahu apa-apa..lainla kalau kita dah cukup bukti gitu gini dan siap ada kenyataan lagi..barula boleh bercakap.." ana tak tahu dia tuju pada siapa-siapa, tapi yang penting itu je yang ana teringat bila mengulas soal ni..dan yang terlebih penting moralnya di situ, jangan bercakap apa yang kita tak tahu..itu je..(Berkaitan ke?ni dah lari dari tajuk ni..) jauh nya kona..

Berbalik pada cerita tadi..

ana pun beritahu dia..: "doh, ayah mad wat blog sendirila"

Dia jawab : "mad tak berbakat dalam bidang penulisan ni, lebih suka tengok blog orang, semua ada blog blake, lenguh nak baca.."

Ana jawab : "bukan tulis, taip je ape2 yang terlintas di hati, ikut suka kitala nak bgtau nape2 pun, blog kita kang?"

Dia jawab : "tulah masalahnya dari blog tula kita boleh nilai orang tu buat-buat pandai ke, memang pandai ke..dan yang sewaktu dengannya.."

Ana kata kat dia tengok blog saiful islamla..maksud ana barula tak serabut nak fikir-fikir orang yang buat-buat pandai ni..

Dia diam..dan alih tajuk lain (letih berleter dan puas hati akhirnya terluah barangkali)

Waduh..letih bebeno "layan ayat-ayat pedas" dari dia yang sorang ni..mujurla dia seorang je lelaki dalam adik beradik, kalau ramai, agaknya terpaksalah kena pakai earphone 24 jam tanpa henti..tapi mungkin sebagai peringatan juga kepada kakaknya yang tak berapa nak kakak ni..hihi..

Okeylah..moral dari cerita ni mungkin pembaca boleh menilainya sendiri..kalau fikir positif..jadi positiflah ia..kalau fikir sebaliknya akan jadi sebaliknyalah..

Mata dah minta untuk ditutup..dicampur dengan finin-finin kesan makan ubat tadi..ubat??fobia betul dengan ubat tu, pahitnya macam..macam apa ye?hempedu bumi kot..

Sebelum tu, selamat menempuh peperiksaan buat sahabat-sahabat sekalian..moga kalian menempuhinya dengan tenang..amiiinn...ni untuk ucapan untuk ayah mad na..jawab periksa molek, jangan fikir-fikirla tentang orang macam tu, makin dilayan makin sakit hati adala..lainla kalau kita sanggup pergi tegur dengan berdepan dengan dia, tak pun tinggalkan aje komen kat blog dia tu..asalkan teguran tu membina..tak jadi masalah..ingat..awak tu baru bermula, banyak lagi nak tempuh dalam hidup ni..anggap tu sampingan je..

Fie, kak ja, wani, nabila, leha, mei dan siapa-siapa yang ana tak sebut namanya di sini..salam terus juang untuk kalian semua..berdoalah setelah berusaha..bak kata ustaz Ku Him.."periksa tu makhluk Allah gak, tak perlu takut"..musim nila ramai orang finin-finin kepala kena baca kitab..sampai dah berjangkit kat Malaysia ni ha..

Sesuatu yang baik belum tentu benar, sesuatu yang benar belum tentu baik, sesuatu yang bagus belum tentu berharga, sesuatu yang berharga atau berguna, belum tentu bagus.

Salam..Wallahu'alam..


Wednesday, June 3, 2009

Mujahadah Hati

Biar kepahitan itu pergi
agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu
agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap
jangan diriku hilang semangat
biar penderitaan itu menyapa
agar kekuatan mampuku jana semula
biarkanlah diri ini derita
agar aku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini
tak sama bahkan hanya secebis
dari penderitaan Rasulullah s.a.w
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya
tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
cahaya kelam pahala dosa
berupaya memilihnya
walau kadang kala tersasar
lantaran pautan nafsu
namun peluang dari-Nya sentiasa ada
namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi
diturunkan ad-din memperhalusi akal
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebaik-baik umat
tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"
menyemai sepohon "taqwa"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH S.W.T"
Ya Allah..ku pohon kasih sayang-Mu..agar sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidupku
rahmatilah daku dalam memulakan langkah mentarbiah diri, memujahadah hati..

Tuesday, June 2, 2009

Calon Suami!

Coretan ni buat adik wani ku cayang..moga terjawab soalan cepumas+kuprum+zat besi tu ya..juga sebagai satu nasihat yang tak seberapa dari orang yang tak berapa berpengalaman...Insya4JJ1..takkan lupa kat wani...sampai masa adala tu...walaupun jauh di seberang morocco sana, lebih kurang je dengan seberang baroh ni..ye dak?..takpun kak dah letak dalam blog je, kongsi ramai-ramai ye..hihi :)
Pagi tadi ummi berbicara..."jangan tergesa-gesa cari calon suami, perhati dan tilik betul-betul...tak hansem pun tak apa..tapi yang penting.."fikrah" kena perhati..."

"Gedebuk" rasa macam nak jatuh hati bila ummi kata macam tu..bukan soal calon suami jadi persoalan...tapi ana terkejut bila ummi beritahu...fikrah yang paling penting...fikrah yang serasi dengan jiwa kita..ana tahu ummi bercakap dari pengalaman...ummi takkan nasihat dan bagi peringatan melainkan melalui pengalamannya..memang fikrah yang paling terpenting...

Sebelum-sebelum ni ana jarang berfikir soal ni..tapi bila ummi mula bercerita dan bersuara begitu begini...ana jadi fikir tersangat panjang..perkahwinan memang sesuatu yang perlu fikir sedalam-dalamnya sebelum terfikir untuk memulakannya...kena fikir apa yang akan terjadi selepas kahwin dan seterusnya..

Tak salah andai kita memilih yang terbaik buat diri kita, buat agama kita..cuma jangan terlalu mengharapkan yang sempurna dari segala segi...sebelum itu perhatikan juga adakah kita sempurna????

Perlu perhati dari setiap sudut..soal sikap, perangai, kegemaran, dan macam-macam lagi..nanti bila dah kahwin tak berlaku pergaduhan lantaran ketidakserasian peribadi yang tak terungkai..bagi ana seorang suami yang baik ialah yang tahu menghargai setiap pengorbanan isteri dan tak jadikan isteri seperti hamba semata-mata..contoh terbaik ialah contoh rumahtangga Rasulullah s.a.w..

Sudah banyak contoh sekarang yang ana lihat..berbagai krisis dalam perkahwinan yang kadang-kadang buat ana takut untuk menempuh alam tersebut..

Belajar dari orang berpengalaman juga antara perkara dan pendekatan yang paling baik, salah seorang kawan ana pernah berkata...dia suka berkawan dan bergaul dengan orang tua yang banyak pengalaman..banyak perkara boleh tahu..hm..betul2..dulu ana kurang suka berkawan dengan orang yang lebih tua, sebab orang tua ni kuat berleter dan suka sangat jaga tepi kain orang...tapi rupanya tidak...dia menegur berdasarkan pengalaman, dia menasihati kerana takut kita akan merasai kepahitan yang dia rasa...kini baru ana mengerti dan dapat menilainya sedikit demi sedikit..tak rugi dapat kutip pengalaman dari mereka rupanya..

Buat yang belum berkahwin dan sedang membaca coretan ni..pilihla yang terbaik untuk diri kita...jangan terlalu menilai kecantikan luaran...akhlak yang lebih penting..kita pun memang tak nak calon suami atau calon isteri yang "nakal" dan sukar dibentuk..fikir-fikirkanlah :)

Yang di cari,walau bkn Putera Raja…tp biarlah Putera Agama…
yang diimpi,biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
yang dinilai bkn sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati..
yang diharap, bkn jihad pd semangat..asal pjuangannya ada matlamat..
yang datang, tak perlu Rijal yg gemilang, kerana ana serikandi dgn silam yg kelam….
Yang dinanti, bkn lamaran dgn permata, cukuplah akad dan janji setia….
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi…kerana itulah ketentuan Azali….

Transkripsi Hati Buat Sahabatku..


Sahabatku..

Transkripsi hatiku ini ku tujukan buatmu yang bernama sahabat..seorang sahabat yang banyak mengajar erti segala erti perasaan..

Andai suatu hari nanti aku dijemput pergi..sekurang-kurangnya aku berpuashati, aku meninggalkan luahan hatiku yang terpendam...agar engkau akan mengerti dan memahami bahawa aku terlalu menyayangi persahabatan kita yang terjalin sekian lama..


Aku tak pernah meminta kau menyanjung dan menghargai diriku melebihi segala-segalanya..malah cukuplah kau memahami bahawa "aku tetap sahabatmu" dulu, kini dan selamanya...

Walaupun terlalu banyak kekurangan yang ada pada diriku yang membuatkanmu tak senang hati..tapi mengertilah aku hanya insan yang bernama manusia..aku tak pernah lari dari kealpaan dan kekurangan diri..
Dan pesanku buatmu sahabat..

Usah kita terlalu mengharapkan kesempurnaan dari seseorang kerana mungkin suatu hari nanti kita tidak akan dapat menerima kekurangan yang ada pada orang lain, malah kita akan selamanya tidak akan bersyukur menerima kehadiran seseorang dalam hidup kita...

Kita tidak boleh mengharapkan semua orang jadi seperti kita...sempurna dari segala-galanya..kerana kita pun tidak sempurna..selagi bernama manusia kita tidak akan sempurna..

Walau terkadang hatiku terluka kerana sikapmu..namun, aku hanya penyeru..aku bukan penghukum..aku tidak layak untuk menghukum dirimu..lantas ku memohon pada yang Esa..yang memegang hati hamba-Nya..maafkanlah sahabatku..mungkin sahabatku membuatku terluka tanpa menyedarinya..ku phon pada-Mu ya 4JJ1..kurniakanlah aku sahabat yang memahami diriku..yang menjadikan persahabatan umpama jambangan bunga..umpama persis tasbih..


Sahabatku..

Saat demi saat berlalu, terlalu pantas menyusur waktu..meninggalkan jejak-jejak semalam yang barangkali pahit untuk digamit..menukilkan kenangan yang barangkali indah penuh kiasan..perpisahan yang bertamu..wajah sugul kepayahan, lafaz tenat kelukaan..

Sesungguhnya sahabatku..air mata perpisahan itu sejernih embun di dedaun, bak mutiara berkilauan..menyingkap rahsia keikhlasan..

Buatmu sahabat..

Ya 4JJ1..tatkala bahang mahsyar-Mu menjilat tubuh, izinkan kami sama-sama berteduh..tatkala mizan-Mu teliti mengira..beratkan neracanya atas setiap jasa...naungi kami di sana..berkat kasih kerana-Mu semata...andai ku pergi sebelumnya dan ku layak ke syurga..ku pinta dia bersama..



Sunday, May 31, 2009

Ada lemak babi rupanya..

Selama ni ana tak perasan..tapi bila cek kat PPIM memang sah ada lemak babi..untuk perkongsian bersama..dan untuk pengetahuan bersama antara makanan yang ada lemak adalah "kek apollo, pringles buatan US ..sebelum membeli perhatikan kod ni..ini adalah merupakan kod untuk lemak babi..

TAKE NOTE..DAPAT DARI SUMBER SAHIH : JGN TAK BACA These Emulsiers are HARAM , 120, 141, 160(A), 161, 252 300, 301,422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 471, 472 (A.E), 474, 475, 476,477, 481, 482, 483, 491, 492, 494 , 542, 570, 572, 635, 920,

Ini masalah serius, melibatkan darah daging yang mengalir dalam tubuh kita untuk beribadah dan baca al-Quran. kalau tersentuh binatang najis tu kita kena samak, kalau termakan?Fikir-fikirkanlah..