Sunday, May 10, 2009


Ana nak kongsi cerita tentang seorang anak murid ana ni..dalam pening-pening dan letih melayan karenah anak murid kat sekolah...terhibur dan terharu juga dengan seorang anak murid ni..bukan anak murid di sekolah,tapi di luar sekolah(persendirian)..dipanggil anak murid, tapi umur dia sebaya dengan ana...tapi ana kagum dengan dia...sanggup datang jauh-jauh berulang alik tiap-tiap hari sebab nak mengaji al-Quran..dia tak malu dan tak segan... kata dia asalkan dapat mengaji...Alhamdulillah dia ada kesungguhan...seperti kata ummi akan tiba suatu masa nanti orang sanggup bagi seguni emas untuk belajar al-Quran kerana betapanya tak ada orang nak mengajar al-Quran...berbalik pada cerita tadi..dia pulak tu anggota pertahanan awam..sambil tu dapat ana tambah kenalan dan berkongsi pengalaman dengan dia...banyak dia cerita pengalaman dia...panjat gunung, terjun bangunan, cari orang lemas dan mayat rentung..lebih kepada bantuan kemasyarakatan...bila ana fikir-fikir dan mendalaminya...ana sedar...tak semestinya kita nak tolong orang dan berdakwah ni kita lihat dari satu sudut sahaja..malah skop dakwah itu luas...contohnya macam dia...walaupun luaran dia biasa...tapi dia berazam nak bantu sesama manusia...ana pun tak pernah terfikir sampai ke tahap nak jadi "selasak" itu.. makin ramai kita kenal dengan ramai orang, makin banyak pengalaman yang kita dapat...dan pengalaman orang lain tu kita jadikan sebagai pengajaran untuk diri kita...Wallahu'alam...

PeLbAgAi AkSi PeNgHiBuR hAtI

anak-anak murid




super mario

salam Ukhuwah

tak sabar nak pergi berenang ni

not ready!

isy!takde tempat lain nak hinggap.

ho.ho.ho.

oh tidaaaakkk
mata hamster
mangsa dera
ish.ish.kesiaann..
pasangan bahagia.
miss Atas Tol
miss Batu Enam

nyam!nyam!

bulatnye muka macam donat

muslimat harapan

ternganga!
ni gajah hadhari ke...hehe..

wah...syoknyer!
ada apa dalam ni yer..lempeng gergasi agaknya!
auchak!
sakit mata!

kembar ke ni?!
eh.eh.berat pulak budak kecik ni!
dah ready nak nasyid ni!
anak pier ni...
um...hari ni nak msak lauk ape ye?..

































Pembinaan Sedang Dijalankan...


Terima kasih kepada sesiapa yang sudi menjenguk blog ana...tinggalkan komen sekiranya ada terkurang kat mana-mana dalam blog ni..teguran anda semua amat dihargai...terima kasih dan penghargaan buat puan Nor Amni kerana tak jemu-jemu siang malam mendidik kami pelajar dakwah (B) untuk buat blog..walaupun selalu kena marah, tapi berkat dari tu kami dah pandai berdikari :)...moga bertambah ilmu puan Amni sebab ajar kami....moga dapat baby yang soleh solehah...AHLAN WASAHLAN....

Saturday, May 9, 2009

Kasihmu membawa ke syurga..


Baihaqi meriwayatkan di dalam Su'abil Iman maksudnya:
Seorang anak yang melihat kedua orang tuanya dengan kasih sayang, nescaya Allah mencatat pada setiap penglihatan pahala haji yang mabrur. Tanya Ibnu Abbas r.a : "Walaupun si anak tadi melihatnya 100 kali setiap hari?" Rasulullah menjawab : " Ya, Allah itu Maha besar lagi Maha Baik." Di dalam riwayat lain, Baihaqi ada meriwayatkan : "....dan apabila seorang anak melihat ayahnya dengan perasaan gembira, maka si anak itu mendapat pahala memerdekakan seorang hamba." Baginda ditanya : "Wahai Rasulullah!Jika dia melihat sebanyak 360 kali?" Sabda baginda : "Allah itu lagi Maha Besar daripada itu."
Moral : Tataplah wajah kedua ibu bapamu dengan perasaan kasih dan sayang
selagi masih berkesempatan sebelum keduanya menutup mata untuk selama-lamanya..
kenangilah jasa keduanya yang tak pernah jemu dan setia mendidikmu...

Thursday, May 7, 2009

Dua Benua Dua Budaya

Penyatuan hati antara dua bangsa namun dalam satu agama...SUBHANALLAH...